Khamis, 22 Disember 2011

Tukar Timing Belt Kereta Saga Blm Aku

kali ini aku nak kongsi pasal tukar timing belt kereta Saga Blm aku. Sebenarnya mileage kereta aku da mencecah 86K masa aku bt shaft gear tempohari EON SC tu da rekomenkan aku tuk tukar timing belt tu tapi maklumlah time tu teda bajet lagi. Alhamdulillah, ada bonus hujung tahun ni dapat la aku tukar benda tu.

Dipendekkan cerita, aku baru saja selesai dari PROTON SC buat timing belt tu tapi aku bt kat SC yang berlainan kerana tempat yang selalu aku buat caj yang dikenakan agak mahal lebih kurang dalam RM600 hingga RM700 dan bila aku servey kat tempat yang lagi satu ni cuma RM516.94 termasuk labour caj so aku ambil keputusan pergi kat tempat yang satu ni.

Berikut aku senaraikan benda yang di tukar oleh mekanik tu:

1. Timing Belt
2. Oil seal (head) x 2
3. Oil seal (shaft engine
4. Tensioner bearing
5. Skru tensioner bearing
6. Water pump Belt
7. Labour charge - RM120.00
8. Gov tax
TOTAL - RM516.94

Cadangan untuk tukar timing belt yang berikutnya dalam 170K kilometer.

Isnin, 19 Disember 2011

Shaft Gear Saga Blm

Salam....kekawan sekalian, da lama tak update blog ini. kali saya nak kongsi kat kekawan sekalian pasal shaft gear kereta kesayangan kita. Dijadikan cerita perkara ni da berlaku dalam lingkungan dua minggu yang lepas, Pada mulanya gear kereta saga blm aku ni tak da masalah tapi sampai satu ketika time aku tengah drive gear lima susah nak masuk pula. Mulanya aku ingatkan biasa je...lama kelamaan benda tu berlarutan pula, aku pun mula la risau takut ada masalah kat bahagian gear box.

Selang beberapa hari aku terus complain kat EON SC dan datang bawa kereta aku tuk diperiksa selepas buat appointment. Dalam kepala mula bermain-main gear box yang problem mesti makan belanja besar juga tu atau claim waranty pun mesti kereta tersadai jugakan sedangkan itulah satu-satunya kereta aku pastu pula rekod servis aku pla tak baik....coz aku buat sendiri kebelakangan ni sebab nak jimat mana tahan bayar mahal kat EON SC tu.

Setelah itu, kereta aku dibawa masuk la kat area mereka buat pemeriksaan tu, tapi hati aku berdebar-debar tau....bila aku jumpa mekanik yang buat benda tu rupanya SHAFT GEAR yang rosak dan kebetulan ada stock hari so dia pun tukar terus la. Alhamdulliah betapa lapangnya dada ku....lega selega-leganya.....

So pengajaran buat kekawan bila kereta saga blm kalian tetiba susah nak masuk gear terutama yang manual cam aku. berhati-hati kerana kemungkinan SHAFT tu yang bengkok, pecah atau getah pada hujungnya longgar. Kereta saga blm ni lain daripada Persona yang menggunakan kabel untuk penukaran gear dan benda tu berada didalam tetapi saga blm ni tidak tau....shaft tu berada dibawah kereta so terdedah kepada bonggol, jalan tidak rata atau berlubang. So berhati-hatilah apabila melalui jalan yang tidak rata, berlubang atau berbonggol kerana sentuhan sedikit sahaja boleh mengakibatkan benda ni bengkok dan gear susah untuk ditukar. Sekian buat ketika ini kita jumpa lagi di topik akan datang.....

Selasa, 9 Ogos 2011

Tukar Axle Belakang Saga Blm Aku

Setelah sebulan menunggu akhirnya pabila aku menhubungi EON dan dimaklumkan bahawa Axle belakang kereta Saga Blm sudah sampai, senangnya hati aku...kemarin da bawa kereta aku tukar benda tu. Rupanya susah juga nak tukar benda tu ye...besar pla tu (seperti gambar) dan banyak skru nak buka pastu ruang agak sempit.



Kesian juga tgk mekanik yang buat tambah lagi masa bulan puasa ni tapi nasib baik la ada budak praktikal 2 orang yang membantu. So lepas ni harap2 tak berlaku lagi tayar belakang kereta aku makan dalam, aku pun malas lagi nak ulang alik pegi EON ni banyak masa aku terbuang.

Jumaat, 8 Julai 2011

Masalah Axel Belakang Kereta Saga Blm Aku

Pada 4hb Julai lalu aku g servis kereta Saga Blm aku kat EON yang berdekatan tuk 67K so aku plan nak complain skali pasal tayar belakang yang makan dalam (Bunga tayar haus dibahagian dalam) sengsara kalau dibiarkan berterusan coz kena alihkan kedudukan tayar setiap 2-3 bulan.

Pabila kat kaunter EON tu aku dimaklumkan jumlah servis keseluruhan berjumlah RM182.40, aduii...terkejut jg aku pada mulanya cam tak percaya tapi da dorang explain tak apa la aku terima saja dan bila turn aku pla...aku mula bagitau la masalah kereta Saga aku seperti yang aku cakap kat atas tadi tu, tayar makan dalam....

So bila kereta aku dibawa masuk kat kawasan servis kereta, mekanik tu buat la kerja dia...servis kereta aku, hehehe tapi aku berpeluang juga la pegi dekat tengok apa yang dia buat. Mekanik tu ok juga la bt keja so dia maklum kat aku yang Axel belakang kereta aku tu bengkok katanya dan perlu ditukar so dia da maklum org kat kaunter tuk order yang baru so maknanya aku kena tunggu lagi la...tak apa la janji aku dapat tukar coz masih underwaranty.

Bila aku bercerita dengan mekanik tu...dia bagitau aku rupanya banyak da Saga Blm yang ada masalah Axel bengkok ni...isk..isk...isk...bgtu rupanya tapi dia ada bagi penyelesaian jg la supaya bawa kereta yang ada masalah ni kat bengkel tuk buat alighment dan kat belakang tu dorang akan tambah SIM (cam washer) tuk kasi sama rata blk tayar yang senget tu. Bgtu la dia cakap dengan aku....

So sekurang2nya ada jg la jalan penyelesaiankan tapi buat masa ni msh underwaranty claim la yang baru...bila da tamat waranty bt la kat luar dan aku pun tak pasti sangat cam dia cakap tidak semua bengkel leh buat benda tu...harap2 la pada masa akan datang banyak bengkel leh buat benda tu....

Isnin, 20 Jun 2011

Masalah Return spring Pada Handle Gear Saga Blm (Manual)

Pada mulanya saya malas nak tulis semua ni tetapi memandangkan begitu banyak problem kat kereta Saga Blm saya ni so terfikir juga untuk menulis semua ni sebagai pengetahuan kita bersama dan bagi pemilik Saga Blm kat luar sana.

Semua permasalahan yang saya tuliskan didalam blog ini bukan sengaja diadakan atau direka-reka tapi ini semua betul-betul berlaku pada kereta Saga Blm saya. Berbalik kepada tajuk, Satu lagi masalah yang pernah berlaku pada kereta Saga Blm saya dalam beberapa bulan lalu tetapi baru sekarang saya masukkan dalam blog ini.

Bagi anda yang mempunyai kereta Saga Blm bertransmisi MANUAL apabila kita tolak ke kanan dan kiri untuk memasukkan gear dan apabila dilepaskan seolah-olah handle gear tersebut kembali ke kedudukan asal...perasan tak?
dan jangan hairan atau terkejut apabila handle gear kereta anda longgar tidak seperti sebelum itu, ini menunjukkan return spring yang menarik handle gear tersebut telah terlepas atau putus.

Benda tu jika kita bawa ke EON yang terdekat memang underwaranty cuma benda sekecil tu memerlukan masa yang panjang nak buat...heran kan? tapi setelah lama aku tunggu kat sana, rasa badan pun cam panas semacam je...mula la aku bertanya kenapa la kereta aku dari tadi tak da mekanik yang attend? pastu orang kat kaunter tu mula la gelabah...trs disuruh mekanik tu pg buat, aiii...aku tgk tak smpi pun 10 minit da pun siap. herah....heran.....tapi aku tunggu dari tadi sampai orang yang kemudian dari aku yang siap duluan.

pelik....rupanya baru aku paham, kalau orang yang datang tuk servis didahulukan biasa la dorang dpt duitkan tapi kalau yang claim waranty tu dibuat kemudian. Kalau camtu tak payah la ambil nombor lg, tiada guna juga klu orang yang kemudian lagi yang siap dulu. So saya berharap perkara ni diperbetulkan...tidak kira servis ka atau claim waranty, buat la sama rata ikut giliran baru adil ....tq

Panduan menukar Tayar Kereta Saga Blm

Dalam Gambarajah di atas menunjukkan pelan kedudukan tayar kereta Saga Blm anda. Tayar dibahagian belakang kereta diletakkan pada bahagian hadapan kereta anda kerana biasanya kehausan tayar belakang kurang berbanding tayar hadapan dan boleh digunakan dibahagian hadapan (tayar pemacu atau tayar yang menggerakkan kereta anda).
Manakala, tayar di bahagian hadapan sebelah kiri iaitu sebelah penumpang ditukar secara bersilang iaitu ke bahagian kanan tayar belakang dan begitu juga sebaliknya bagi tayar kanan hadapan ke sebelah kiri tayar belakang seperti gambarajah diatas.
Perhatian: Tayar belakang kereta Saga Blm ni selalu makan dalam (cepat haus dibahagian dalam berbanding luar) so bila nak buat penukaran tayar seperti diatas mungkin perjalanan kereta anda tidak rata atau seperti lari alighment.

Masalah Power Steering Kereta Saga Blm Saya

Satu lagi masalah kereta Saga Blm saya yang pernah berlaku pada awal tahun dahulu iaitu power steering leaking. Pada awalnya, saya ingatkan basah pada bahagian power steering adalah disebabkan oleh titisan air yang dikeluarkan oleh penghawa dingin kereta tetapi setelah lama saya mendapati kesan basah tersebut masih tidak kering.

Justeru itu, saya cuba untuk membersihkan dengan kain pengelap dan selang dua hari kemudian saya mendapati masih berlaku kesan basah yang sama. Saya mula syak berlaku kebocoran sistem power steering apabila mendapati kandungan bendalir pada tangki simpan sistem tersebut berkurangan dalam kuantiti yang banyak dan tidak seperti biasa.

Saya mengambil insiatif untuk membawa kereta Saga Blm saya ke EON servis berdekatan dan setelah diperiksa saya dimaklumkan terdapat kebocoran pada struktur power steering tersebut. Tindakan kakitangan EON tersebut membuat tempahan untuk menggantikan alat tersebut dan setelah menunggu 2 minggu kemudian saya menghubungi EON tersebut dan dimaklumkan alat tersebut telah sampai. Saya telah membawa kereta untuk penukaran alat tersebut.

Setelah selesai dan sehingga sekarang kereta saya berada dalam keadaan baik.

Kenali Alat penapis Minyak (Fuel Filter) Kereta Saga Blm

Seperti alat penapis udara yang dipasang pada bahagian enjin semua jenis kereta agak berbeza dengan alat penapis minyak yang dipasang pada bahagian belakang kereta Saga Blm (tayar belakang sebelah pemandu) iaitu berhampiran dengan tangki minyak utama.

Peranan utama alat ini untuk menyaring minyak petrol dari tangki simpanan utama sebelum dihantar ke bahagian enjin untuk proses pembakaran bagi menggerakkan kenderaan anda. Benda asing yang tidak sepatutnya akan tinggal pada alat penuras tersebut dan jangka hayat bagi alat ini adalah dalam lingkungan 60k kilometer perjalanan sesebuah kereta Saga Blm tersebut. Alat ini boleh didapati di EON atau Proton Servis dengan harga dalam lingkungan RM25 - RM30.

Dari segi penukaran, agak mudah dan boleh dilakukan sendiri. Antara prosesnya ialah:

a) Anda hanya perlu berbaring berhampiran tayar belakang sebelah pemandu dan anda akan dalam melihat alat ini, hanya satu skru perlu dilonggarkan iaitu dengan menggunakan spanar nombor 10 setelah itu cabut kedua-dua hos yang bersambung pada setiap hujung. Kemudian keluarkan alat ini.

b) Masukkan alat yang baru tersebut mengikut arah anak panah yang ditunjukkan pada alat tersebut. Amat penting sekali, arah pergerakkan ini menunjukkan aliran masuk petrol dari tangki utama ke bahagian enjin kereta dan JANGAN SALAH, ini kerana akan mengakibatkan hilang fungsi alat tesebut. Kemudian sambungkan hos yang dicabutkan tadi pada kedua-dua hujung yang terdapat pada alat ini.

c) Ketatkan semula skru pemegang tadi...dan siap. Anda telah berjaya menukarkan Fuel Filter bagi kereta Saga Blm anda. Hidupkan semula enjin kereta anda bagi memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran.

Selesai........selamat mencuba!!!

Masalah Tensioner Bearing Kereta Saga Blm

kikkk..kikkk...halus bunyinya tapi sangat tajam dan membuatkan saya tidak tahan. Pelik dengan bunyi kereta Saga Blm saya bila dihidupkan pada waktu pagi berbunyi bising dan apabila aircond kereta dihidupkan. Bimbang dengan keadaan tersebut saya segera membawa kereta saya ke EON Servis berdekatan. setelah diperiksa saya dimaklumkan oleh mekanik yang bertugas bahawa Tensioner Bearing yang rosak.

Syukur alhamdulillah...masih underwaranty, benda tersebut ditukar tanpa sebarang bayaran dan saya dimaklumkan bahawa benda tersebut berharga dalam lingkungan RM300.

wow...sakit jg kalau bayar dengan duit sendiri nasiblah underwaranty so setelah benda tu dipasang semula bunyi tersebut hilang dengan serta merta. Inilah kebaikannya ada jaminan dari pengeluar kereta seperti PROTON biarpun agak rugi dari segi masa untuk menunggu kereta tersebut semasa dibaik pulih memandangkan saya hanya ada satu kereta sahaja tetapi berbaloi kerana menjimatkan kos....TERIMA KASIH PROTON.

Khamis, 9 Jun 2011

Saga FL Baru


Tahniah buat proton!!!....dengan kelahiran model baru Saga FL (Facelift) yang merupakan kesinambungan daripada Saga BLM sedia ada yang telah dinaiktaraf aksesorinya seperti lampu hadapan dan belakang yang lebih menawan, bentuk rim yang baru, kemasan dalam memperlihatkan penambahan tingkap kuasa (power window) bagi tempat duduk belakang, suis kawalan radio pada stereng kereta tersebut, USB plug bagi memudahkan pengguna yang gemar memainkan lagu MP3 dan ada lagi....nak tau?? mari kita bersama-sama mengunjungi Proton Edar berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Saga FL ni......jom......

Menghilangkan Kesan Calar Halus/Polish Kereta

Bagi saya, sudah lumrah kesan calar sedikit tu...kira biasalah, selagi mampu kereta kita bergerak gunakan sajalah. Calar sedikit tu...gosoklah guna product kat bawah ni (gambar) tapi jangan la pula calar yang dalam sangat kalau setakat sikit-sikit tu boleh la...lepas gosok tak la ketara sangat.
Untuk mendapatkan hasil yang baik, gunalah span (alat pengosok) yang bersesuaian seperti dalam gambar (kat bawah) dan gosoklah dalam bentuk bulat di tempat yang tercalar tersebut kemudian lap menggunakan kain kering. Selamat Mencuba......

Setelah penggunaan product diatas....inilah hasilnya....hehehe

Mencuci Kereta Saga Blm Saya

Mencuci sangat penting agar kereta kita sentiasa bersih dan berkilat selain itu dapat melindungi permukaan kereta supaya tahan lebih lama. Mencuci juga hendaklah menggunakan jenis bahan pencuci yang bersesuaian agar tidak memudaratkan kereta kita seperti mempunyai PH yang sesuai dan tidak bersifat asid yang boleh menghakis. Jenis bahan pencuci yang saya guna adalah seperti gambar dibawah:


Sabun AutoMAX yang biasa aku gunakan untuk mencuci kereta Saga BLM boleh didapat di cawangan COSWAY berhampiran anda dengan harga RM8.00++ (member) kalau tak silap saya.

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...