Isnin, 20 Jun 2011

Masalah Return spring Pada Handle Gear Saga Blm (Manual)

Pada mulanya saya malas nak tulis semua ni tetapi memandangkan begitu banyak problem kat kereta Saga Blm saya ni so terfikir juga untuk menulis semua ni sebagai pengetahuan kita bersama dan bagi pemilik Saga Blm kat luar sana.

Semua permasalahan yang saya tuliskan didalam blog ini bukan sengaja diadakan atau direka-reka tapi ini semua betul-betul berlaku pada kereta Saga Blm saya. Berbalik kepada tajuk, Satu lagi masalah yang pernah berlaku pada kereta Saga Blm saya dalam beberapa bulan lalu tetapi baru sekarang saya masukkan dalam blog ini.

Bagi anda yang mempunyai kereta Saga Blm bertransmisi MANUAL apabila kita tolak ke kanan dan kiri untuk memasukkan gear dan apabila dilepaskan seolah-olah handle gear tersebut kembali ke kedudukan asal...perasan tak?
dan jangan hairan atau terkejut apabila handle gear kereta anda longgar tidak seperti sebelum itu, ini menunjukkan return spring yang menarik handle gear tersebut telah terlepas atau putus.

Benda tu jika kita bawa ke EON yang terdekat memang underwaranty cuma benda sekecil tu memerlukan masa yang panjang nak buat...heran kan? tapi setelah lama aku tunggu kat sana, rasa badan pun cam panas semacam je...mula la aku bertanya kenapa la kereta aku dari tadi tak da mekanik yang attend? pastu orang kat kaunter tu mula la gelabah...trs disuruh mekanik tu pg buat, aiii...aku tgk tak smpi pun 10 minit da pun siap. herah....heran.....tapi aku tunggu dari tadi sampai orang yang kemudian dari aku yang siap duluan.

pelik....rupanya baru aku paham, kalau orang yang datang tuk servis didahulukan biasa la dorang dpt duitkan tapi kalau yang claim waranty tu dibuat kemudian. Kalau camtu tak payah la ambil nombor lg, tiada guna juga klu orang yang kemudian lagi yang siap dulu. So saya berharap perkara ni diperbetulkan...tidak kira servis ka atau claim waranty, buat la sama rata ikut giliran baru adil ....tq

49 ulasan:

  1. assalamualaikum..rasa2 nya saga saya pun ada masalah macam ni jugak la..gear terlalu lembut..lebih2 lagi pada kedudukan free. saya rasa spring dia terlepas kot...
    return spring tu masih dalam jaminan eon ker/
    saya pun nak tukar ni..

    BalasPadam
  2. Wslm, mmg itu la mslh nyer tu bro...pg la SC yg terdekat mmg still underwaranty tu

    BalasPadam
  3. ermmmmmmmmmmm....aku dah kali ke 3 tukau...ni haa wheel bearing bru seminggu rosak pastu pakai seminggu rosak lg...ni nk masuk kali ke 3...apa masaalah bearing aku tu??? tlggggg akuuuuu...

    BalasPadam
  4. cam mn nak tau yg kete still under warranty

    BalasPadam
  5. aku punya BLM baru jak mlm ni bt hal, tetiba jak bunyi toing.. gelabah berhenti kat tepi jalan, takut2 masalah gear box.. rupa2nya masih boleh dgunakan lg cuma x selesa la seperti biasa..

    BalasPadam
  6. fuh..aku baru je kena td mase sampai kat umah. mase nak masuk gear 1 je tibe2 bunyi spring toing. terkejut aku mase tu. tapi bile masuk gear 1 ok jer.tapi tolak tolak gear ke kiri time neutral tu rase lembik je dr biase. rase2 semua blm kena kes mcm ni gak ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah..saya pun kena masalah mcm ni jgk td..baru 2 thn lebih pakai blm..brp plk kos nak baiki ni? saya dah lama x service kat proton plk tu..

      Padam
    2. saya pun kena kes yg sama mcm awak...huhu..dah 2 kali masuk kali nie...kali nie rasa plg teruk kot...tp kereta still blh jln lagi..cuma takut2 nak drive je laa...huhu

      Padam
    3. aku pun sama kena 2 kali tp kali ni aku biarkan saja, janji gear dpt masok..kira ok lah.

      Padam
  7. aku pn kne gk la,,germ kot,dala bru 3 hr aku agkt krte tuh,,cmne nk wt ek?ad sesape tau x?xbleh msok gear box len ke?

    BalasPadam
  8. gear sy pn jd cmtu gak mlm td..pny la risau..tkt ade mslh gearbox..smpi g keje xbwk kete hr ni tkt pape jd kt tgh jln..huhu..bleh tkr kt kdai biase ke spring tu atau mmg kne g proton service jgk?

    BalasPadam
  9. Return spring kat BLM ku juga putus minggu lepas.Claim warranty siap ditukar proton edar.

    BalasPadam
  10. pg ni kete aku pun masalah yg same.klu blh btl sendiri x apelah,klu patah spring dh jd 1 hal nk kene keluarkan modal.paling takut mase memandu gear x blh digunakan.klu sampai terkulai lg masalah.blk ni nk cb bukak.bendanye mungkin x berkualiti.hairanlah...

    BalasPadam
  11. Baru je nak masuk umah nak tuakr gear 2 tetiba bunyi "TAAPP" tekejut aku..aku ingat gear rosak..try sume gear ok je..tapi bile free tekulai je lembik kekiri kekanan mcm xde 'hold' tuk dye tegak..risau gak aku td..rupenye ramai dh org jd..thanks owner blog bro for information.. (RETURN SPRING)
    Esok "Proton edar return spring satu tuka jgn ckap banyak..haha"

    BalasPadam
  12. salam..kete saya pn senasib dgn kete2 anda sume..br 2 hari lepas terjadi..so nk tau benda 2 under warranty kn?? n xde sangkut paut dgn gearbox kn?? n brapa lama masa nk settle benda 2 klu kite buat kt proton servis..sbb saya selalu servis kt proton je..ape2 hal pn tq pada owner blog n kwn2 semua..

    BalasPadam
  13. jgn risau la benda tu takde kena mengena dgn gear box, benda ni nak buatnya sekejap je malah kt sendiri pun leh buat cuma bila kat proton servis tu sengaja melambat2kn, kena tny 2-3 kali br mereka buat. maklumla claim waranty...cuba klu servis atau tukar part yg kt byr mesti drg cpt tu.

    BalasPadam
  14. kete aku baru je tuko alternator 2 minggu lepas kena 500. pas bawak orang rumah g bli barang baby kete aku skali lagi wat hal. oil seal bocor tak pasal-pasal timing belt kena tuko sebab kena myak hitam dah la tu ada benda bising dalam enjin. kata pomen ada satu set barang yang kena tuko. total nak repair rm1500. wei.... terok ar camnni.... tak pasal kena korban duit. huh..... ape pasal la aku p bli saga... dah la xlaju.... sprint ngan kenari pun kalah.

    BalasPadam
  15. return spring proton saga blm aku dah kena 3 kali putus.
    1st time rosak: tahun 2010
    2nd time rosak: mei 2012
    3rd time rosak: oktober 2012
    baru 5 bulan tukar dah rosak semula. padahal aku servis & guna part original dari proton tapi rosak jugak. spare part ori proton tidak berkualiti.harap iklan je sebesar-besarnya kat tepi highway tapi hampeh..

    BalasPadam
  16. lain kali isi la gambar...kami ni nak jugak negok natam tu...aku baru je kene tadi...buat tekejut je...bukak2 laaaa kene pulak nak bersepana...hantar kedai jugak la jawapnya...nnti kalo ada problem apa2 isi la gambar sekali ye...senang kami ni haa nak negok mcm mana rupa natam tu...terima kasih atas info ni...sangat berguna.

    BalasPadam
  17. huhu...BLM sy pn bru kena 2 hari lepas..parking beli nasi 2 minit jer..masuk dlm kete nk 'D' tgk punat atas gear dh x dk (BLM otomatik)...cari2 punya cari ade jatuh bawah stereng..huhu..pg kedai nk tukar baru xdk yg ori(sport ade la)..huhu..xnk la..so utk sementara sy balut salotape dulu..:-(

    BalasPadam
  18. bro saga blm saya dah dekat 5 tahun dah..dah tak under warranty..spring return tu brapa harga nya ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. spring tu xmahal pn.bbrpe rggt je.bkn pasal brg proton xbgs bro.tp spring tu kat hujung xmencengkam.kalo pasang kat proton,dorg pasang mcm tu je.ade baiknye kite pasang sendiri.sbb kta bleh modified,cengkam sendiri hjung spring tu guna playar.cornfirm x tercabut lagi

      Padam
    2. Kat mane kedudukan spring 2 bro? sy dh puas mencari tp still xjmpe.bleh upload pic x?

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Aku adalah ahli terbaru yang kena masalah tu tadi. Hampeh.

    BalasPadam
  21. oo kiranya ni common problem la..ingatkan keta aku je jadi cmtu..nk tolak ke gear 5 mmg dh lembik..pastu gear 5 susah nk masuk..2 3 kali tolak baru masuk

    BalasPadam
  22. sesape de masalah bearing gearbox?baru je tukar clutch bearing full set..lepas 2hari pomen kata bearing gearbox plak yg bebunyi..adoi,sesape tlg bg pndapat

    BalasPadam
  23. Spring untuk gear tu buat masa nie dh 4thn pakai saga blm se alhamdulillah xde mslh..tp mslhnye bunyi iafm...tp sekrg dh elok tak bunyi sebab dh diganti...sebab nk repot kat tribunal diorg kelam kabut baru nk tukar...yela 3tahun complain takde tindakan..bila buat camtu baru nk tukar...mula2 tu suh byr sebab proton kata warnty abiz..aku punye mrh la kat proton tu..mana tak nya bukan salah kita pun nk di suruh byr nye...so skrg xde mslh lg...

    BalasPadam
  24. saya baru jer terkena putus spring ni...rupanya dah ramai yang kene...

    BalasPadam
  25. Baru terkena ptg td..cemas juga takut2 gear tk berfungsi..kat tgh jln plak tu... huhuhu kena g sc gak ni...

    BalasPadam
  26. Baru terkena ptg td..cemas juga takut2 gear tk berfungsi..kat tgh jln plak tu... huhuhu kena g sc gak ni...

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum...

    Salam kawan-kawan semua. kereta SAGA BLM aku dibeli pada okt tahun 2010.

    SAGA BLM UNGU aku mempunyai masalah berikut :

    1. SPRING GEAR putus menyebabkan Knob Gear tak center dan longgar. (PROTON servis memaklumkan tiada stok).

    Yang aku perasan, spring tersebut dipasang tanpa ada apa-apa pengalas atau bush untuk mengelakkan patak disebabkan geseran antara spring dengan body kenderaan (tempat cangkuk spring tu la).

    2. Memang dah jadi 3 kali sebelum ni gear tak boleh masuk. Tapi pada Khamis 5.09.2013 kereta buat hal paling teruk. Gear tak boleh nak masuk. aku bawak dalam kelajuan 80-90 km/j then bila nak tukar ke gear 4 gear terus jadi free. Terpaksa terus ke kiri jalan dan berhenti sebab dah tak boleh nk drive lg. (Paham-paham la kalau dah neutral. tekan minyak pun tak guna. mana boleh jalan). Bila stop engine boleh gear. Tapi bila start engine tak boleh nak masuk gear pulak.

    Jadi aku cuba pula start engine masa keadaan gear 1 dah ditolak masuk. Engine hidup tapi tak boleh jalan jugak sbb gear tak masuk lagi. Bila berpuluh kali percubaan barulah boleh masuk gear.

    3. Sabtu baru-baru ini 7.09.2013 BLM aku PARKING di PROTON Showroom Shah Alam untuk di BEDAH dan nak tengok action PROTON terhadap pengguna yang sangat support PROTON selama ni. Kaunter mintak aku isi boring.

    Biji SAGA : " Nak kena tulis Report rosak apa tak?".
    Kaunter : "Tak perlu encik. nanti service advisor akan periksa dan call encik".
    Biji SAGA : "Kalau tak tulis nanti mcm mana nak tau rosak"
    Kaunter : " Tak pe encik, nanti service advisor akan check dulu dan call encik".
    Biji SAGA : "Cik tulis je dulu rosak apa. Nanti tak tau pula"
    Kaunter tu tulis : Gear cannot shifting
    Biji SAGA Tambah : Gear cannot shifting. Intermittent problem.

    (Rasanya kalau tak tulis langsung kerosakan dalam report tu, kan lagi susah nak checked kalau aku OFF phone. Kita ni bukan 24 jam nak tunggu diorang ni call. Ada juga kerja lain perlu dibereskan.


    4. ISNIN 9.09.2013 PRcjOTON baru call tapi memohon maaf kerana kereta belum dapat diperiksa berikutan banyak kenderaan. (Yang tak tahan tu boleh Tanya "Gear encik tak boleh masuk P kan").

    5. Aku nak tengok selasa ni dan hari-hari berikutnya bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh pihak PROTON.

    BalasPadam
  28. Aku pun ada masalah cm tuh. Mula2 g la bengkel abam melayu tuh. Rm170.... Tekejut den sbb ak da servey2 dulu kat itenet masalah spring gear nh.. Xjadi nk wat kt die. Pastu p bgkel cina, Rm35. Xtolong melayu kate lupe bagsa, tp harga tu agak2 la. Mangkor...

    BalasPadam
  29. Aku baru kena ptg td..br start engine nk masuk gear satu spring gear ni buat hal, terus lentok je tp nasib bleh jalan..Aku dh agak sure kena satu hari sbb ramai member yg pki blm ni dh kena..tp kira lama gak, 5 thn pki br kena..huhu warranty pun dh abeh

    BalasPadam
  30. Semua yg pakai BLM xkira Auto atau Manual akan kena pelbagai masalah.
    Kalau keta brand lain ade jugak defect tp dlm 100 mungkin xsampai 10. Tp SAGA BLM.. dr 10, 8-9 confirm akan kena. tunggu masa je.

    Bg gear Auto.. punat tengah utk un-latch P-R-D tu dh 3 kali patah. xlarat nk ganti wpun murah dn boleh la nk DIY. tp cukup menyusahkan. Bg pemandu wanita mesti akan panic xtau nk wt cmne. So keta xblh masuk gear.

    AKu mula2 terkena kesa ni nasib baik pin patah tu tk sumbat lubang tgh. so boleh tekan lg.

    Maaflah kalau aku ckp Proton khianat dan tidak berintegriti hasilkan SAGA BLM ni. Sama je DSZ ni ke Mahaleel ke.. sapa ke. sbb budaya kerja yg bersarang dlm RnD dan vendor2 kilang proton ni xberubah

    Melainkan kena jual bgmtu lah resam org kita. Maaf byk kasar bahasa. Tp kasar dan derita lg nasib akibat khianat pihak Proton kpd pembeli BLM SAGA.

    Cuba bandingkan SAGA Megavalve/ Iswara/ Wira dr Mitsubishi dlu. Wpun Mitsubishi dikatakan 'curang' pd Proton tk transfer ilmu tek, tp dlm pada tu pun keta2 zaman tu lbh bagus tahan lasak dr generasi Proton skrg.

    Sedih.. skrg tgh tunggu apa pulak nasib nk jd lepas bau hangit2 enjin ni tak hilang dh berbulan2.. yg makin ketara air radiator kena tambah.. keta br 5 tahun air dh cepat kering.. sakit hati sungguh :(

    BalasPadam
  31. Alamak..cek kna pagi kemarin nk mai keja..tp rini bwk ja keta mai keja sbb gear blh msuk lg..cuma lembik cm ner ntah..bahaya ka..? Mahai dak nk tukaq? Keta da xdak warranty rsanya..

    BalasPadam
  32. Alamak..cek kna pagi kemarin nk mai keja..tp rini bwk ja keta mai keja sbb gear blh msuk lg..cuma lembik cm ner ntah..bahaya ka..? Mahai dak nk tukaq? Keta da xdak warranty rsanya..

    BalasPadam
  33. Assalammualaikum..sori baru kene ni masalah macamtu..kalau sape2 ade kemahiran untuk tukar bende tu (return spring) boleh lah buat tutorial bergambar. sekurang-kurang nye dapat jimat kos pekerja.

    BalasPadam
  34. Smua dok cite kene masalah sama tp sorang pon x bagi tau kos kene bayar brpe....

    BalasPadam
  35. aku pun pernah kena, harga satu spring tu rm35 (beaufort, sabah),kalau kat semenanjung murah sikit kot...pasang sendiri. cara pasang, lagi senang kalau ada ram (mcm kat tempat basuh kereta) atau hoist supaya tak payah pakai jack stand dan baring bawah kereta...buka bracket ekzos(getah pignose) supaya senang kerja...spring tu terletak di sebalik aluminium cover.

    BalasPadam
  36. salam..kreta sy pn jdi benda yg sma..tombol gear blah kiri jdi lembik..xbest bawak dh..adoi..brape kos utk repair ya..

    BalasPadam
  37. Sama lah...tp lps nk msuk 8 thn guna...bru first time kena...kalau ikit komen2 kat atas..katanya harga spring tu rm35 (tahun 2015)

    BalasPadam
  38. Aslmkum bro nak tanya harga batang giar saga flx n berape ye kalau da patah satu set tukar ke batang dia je..bantuan anda di perlukan bagi yg tahu

    BalasPadam
  39. Saya pakai proton saga blm auto tak blh tukar ke gear p

    BalasPadam
  40. baru je kene kes macam ni. buat sendiri je... bole tahan la xde la susah mana.. 20 minit siap... luck cantik spring tu ade kat situ lagi. kurang nasib baik spring tu hilang.. tapi bole cuba inisiatif lain. . cuba pakai spring lain. pada sape2 yg nak tahu cara buat tu aku bole ajarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku baru kena hari ni..sbb tu aku muncul di sini..hehe..bei macam mana nk wat sendiri..ape je yg perlu buka..spring tu duduk kat mane..tq..

      Padam
    2. Auto saga flx xleh ke P camne cara tu bro

      Padam

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...