Isnin, 30 Julai 2012

Rocker Gasket Camp Bocor

Salam, buat pertama kalinya dalam tahun ni saya buat catatan baru dalam blog ni. Maklumlah sibuk sejak kebelakangan ini...dan kereta pun tak da buat hal, syukur alhamdulilah. Walaubagaimanapun, entri kali saya nak share sedikit kerosakan yang berlaku kat bahagian enjin kereta saya (minor).
Setelah sekian lama, lebih kurang sebulan..... baru 3 hari lepas saya buka bonet depan kereta tu, hehehehe.....pemalas. Tak de la kan, biasalahkan sibuk mana ada masa nak buat semua tu. Dipendekkan cerita....bila saya buka bonet depan tu, nak check la semua seperti kandungan minyak enjin, kandungan bahan penyejuk enjin, minyak stereng kuasa dan air untuk pengelap cermin. Seperti biasa bila da selesai semua.... saya mula la menjenguk2 kat bahagian enjin takut ada kebocoran dan sangkaan saya tu betul.
Saya dapat mengesan ada kesan minyak yang membasahi bahagian kepala blok enjin kereta. Oleh kerana, saya risau akan berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa memandu dijalanraya saya mengambil keputusan untuk membawa kereta ke pusat servis proton yang berdekatan kelmarin dan hasil yang diperolehi memang ada kebocoran tetapi tidak serius, atas saranan mekanik tersebut untuk menukar ROCKER GASKET. So saya bersetuju dan kos yang terlibat RM71, harga gasket tu dalam RM46 dan upah untuk buat benda tu dalam RM25.
So tepat jam 3.30 petang kereta aku selesai da buat pembaikan tu...tak juga lama sangat dalam 45 minit je. Walauapapun, janji hati senang...........hahaha

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...