Jumaat, 4 Januari 2013

ODOMETER atau TRIPMETER

Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu tetapi samada kita tak tahu cara nak guna atau lupa. So saya nak bawa kawan-kawan sekalian refresh balik tentang Odometer dan Tripmeter kereta Saga Blm. Biar saya jelaskan sedikit la ye, apa yang saya faham pasal ni....
Odometer - Kiraan perjalanan kenderaan kita dalam kilometer dari mula kereta kita dikeluarkan sehinggalah ia menamatkan perkhidmatan (sekiranya masih berfungsi la), perkiraan ini tidak boleh di SET SEMULA dan akan terus berubah selagi kereta anda boleh bergerak.
Tripmeter - fungsi ini kita boleh gunakan untuk menganggarkan jarak perjalanan kita dari satu tempat ke satu tempat yang kita nak tuju, dalam kilometer juga cuma perkiraan ini BOLEH di SET SEMULA dengan menekan butang dihadapan meter tersebut selama 10-20 saat.
Ok seterusnya mari kita tengok macamana cara kita nak kira anggaran penggunaan minyak per kilometer(??sen/km)
Langkah Pertama - isi minyak kereta anda di stesen minyak yang terdekat dalam satu isian tangki penuh, maksudnya time isi tu sampai nozel pam minyak tu berhenti sendiri.
Langkah Kedua - Set semula fungsi Tripmeter ke angka 0.0 macam saya cakap kat atas tadi dan anda boleh memulakan perjalanan ke destinasi yang anda nak tuju.
Langkah Ketiga - Bila tiba di tempat yang anda tuju itu, carilah stesen minyak yang berhampiran dan isi semula minyak kereta anda sehingga penuh macam di Langkah Pertama dan catatkan bacaan meter pada pam minyak tersebut (RM dan LITER).
PERKIRAAN ANGGARAN PENGGUNAAN MINYAK KERETA ANDA:
(Jumlah RM) bahagi dengan (Bacaan Tripmeter) = (dapat hasil pengunaan RM anda dalam setiap KM)
Contoh:
RM30 / 200KM = RM0.15/KM
Penggunaan 15 sen untuk setiap Kilometer.
Selesai....

5 ulasan:

  1. aku selalu buat sebab nak tengok minyak ok atau x..

    BalasPadam
  2. thx ye.. aku pn konfius ngan trip meter ni. rupanya blh reset :P

    BalasPadam
  3. aku pakai satria neo r3.aku nak tahu jgk trip meter neo mcm mne kadang confuse jgk.

    BalasPadam
  4. sy tekan reset jak ok pla tu ,,perlu uga ka isi mnyak>???

    BalasPadam
  5. salam. saya baru kena kes mcm ni tapi semua sekali kosong. Dgn bar minyak dgn bar tempreture semua hilang.cara nk betulkan mula2 bukak meter tu.. lpstu bukak cover depan meter tu kenudian tekan dgn jari sekeliling screen petak tu. Lpstu pasang balik dan tengok hasil dia.

    BalasPadam

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...