Khamis, 8 Februari 2018

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa pula ni ya? videonya seperti dibawah ya:

Cuba teka kerosakan apakah ini??? hahaha
Oklah admin share ya dengan korang... pada mulanya admin fikir bunyi tu berpunca daripada suspension di bahagian depan kereta seperti ball joint lower arm atau bar bush atau stabilizer link... tetapi bila admin bawa ke bengkel selang seminggu kemudian dalam bulan Oktober 2017. Rupa-rupanya bearing belakang yang rosak sebab kebiasaannya bila bearing rosak bunyi berdengung sama seperti bunga tayar tak rata. Macam dalam entri admin 06 Feb lalu ada cakapkan kereta saga blm ni antara yang termurah bila tukar bearing belakang dan tidak seperti saga FLX yang memerlukan kos dalam lingkungan RM300++ kerana perlu tukar sekali hub tayar tersebut.
Admin share sedikit gambar semasa proses ganti bearing tu... seperti berikut:
Pemasangan bearing ni memerlukan alatan khas untuk memasukkan bearing ke dalam drum brek (Tekanan / jerk). Setelah selesai... berikut jumlah yang telah saya bayar untuk kerja pembaikan ini:
1. Bearing Brand NTN Japan - RM65.00
2. Upah pemasangan - RM30.00
JUMLAH KESELURUHAN - RM95.00
Seperti yang saya katakan dalam post kelmarin kos menukar bearing belakang dibawah RM100.00. Sekian...

3 ulasan:

  1. kenapa ye bila gear reverse,enjin mcm nak mati & pernah mati. kereta auto dah pernah tukar minyak gear dengan timing belt.

    BalasPadam
  2. Boleh saya tahu tempat bengkel yang encik selalu pergi? Semalam saya baru tukar 1 set bearing tayar belakang, 2 bearing, pump & labour RM300. Saya tak tahu pula harga dia akan kurang dari seratus :(

    BalasPadam
  3. boleh maklumkan lokasi bengkel yang ambil upah bawah rm100 tu tuan.tq

    BalasPadam

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...