Salam....kekawan sekalian, da lama tak update blog ini. kali saya nak kongsi kat kekawan sekalian pasal shaft gear kereta kesayangan kita. Dijadikan cerita perkara ni da berlaku dalam lingkungan dua minggu yang lepas, Pada mulanya gear kereta saga blm aku ni tak da masalah tapi sampai satu ketika time aku tengah drive gear lima susah nak masuk pula. Mulanya aku ingatkan biasa je...lama kelamaan benda tu berlarutan pula, aku pun mula la risau takut ada masalah kat bahagian gear box.
Selang beberapa hari aku terus complain kat EON SC dan datang bawa kereta aku tuk diperiksa selepas buat appointment. Dalam kepala mula bermain-main gear box yang problem mesti makan belanja besar juga tu atau claim waranty pun mesti kereta tersadai jugakan sedangkan itulah satu-satunya kereta aku pastu pula rekod servis aku pla tak baik....coz aku buat sendiri kebelakangan ni sebab nak jimat mana tahan bayar mahal kat EON SC tu.
Setelah itu, kereta aku dibawa masuk la kat area mereka buat pemeriksaan tu, tapi hati aku berdebar-debar tau....bila aku jumpa mekanik yang buat benda tu rupanya SHAFT GEAR yang rosak dan kebetulan ada stock hari so dia pun tukar terus la. Alhamdulliah betapa lapangnya dada ku....lega selega-leganya.....
So pengajaran buat kekawan bila kereta saga blm kalian tetiba susah nak masuk gear terutama yang manual cam aku. berhati-hati kerana kemungkinan SHAFT tu yang bengkok, pecah atau getah pada hujungnya longgar. Kereta saga blm ni lain daripada Persona yang menggunakan kabel untuk penukaran gear dan benda tu berada didalam tetapi saga blm ni tidak tau....shaft tu berada dibawah kereta so terdedah kepada bonggol, jalan tidak rata atau berlubang. So berhati-hatilah apabila melalui jalan yang tidak rata, berlubang atau berbonggol kerana sentuhan sedikit sahaja boleh mengakibatkan benda ni bengkok dan gear susah untuk ditukar. Sekian buat ketika ini kita jumpa lagi di topik akan datang.....
Isnin, 19 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Teka Bunyi Apa Niee???
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...
-
Salam..... buat semua member-member dan terima kasih bebanyak bagi anda yang telah melawati blog yang tidak seberapa ini, diharapkan sedikit...
-
Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu t...
-
Lampu signal (isyarat) kanan dan kiri tidak berfungsi. Setelah aku rujuk kat Proton SC yang terdekat mereka rekomen tukar SUIS ISYARAT KECEM...
thank for the good info..!!
BalasPadamhttp://apitt-foto.blogspot.com
Macam mana rupa SHAFT GEAR tu ye....?
PadamLama dia jadi macam mana ye...?
PadamBerapa kos yg saudara kena Cas utk tukar Shaft Gear?
BalasPadamtiada cas bro...msh underwarranty....tapi mekanik tu ckp harga benda tu dalam RM150 gitu la...
Padamok tq
PadamKalau gear 5 tiba2 free tu... problem sama ke...
Padamkereta saya pun jd mcm tu..terima kasih utk info
BalasPadamKereta saya auto..mlm tadi nk drive gear D di berkelip2..pastu rasa berat je bilA bawak..rupanya gear saya tu bukan gear d..mungkin gear d1atau d2..ada kemungkinan kah gear boc saya yg rosak
BalasPadambro saya ade mslh. kereta saya pon saga blm jgak..masalah ni timbul kelmarin bila saya berlepas di traficlight.time tu klam kbut nak tukar gear sbab saya dah di hon oleh kereta kat blkg.bila time klam kbut tu rasanya sya pon tukar gear time klac blom tipijak spenuhnya..tiba2 gear jadi longgar skg..rasanya mcm gear tu tak mcm dulu lg(lau dulu rasa mcm ada spring menarik gear tu ke posisi tengah time free gear). apa masalahnya tu bro..?
BalasPadamtu mslh spring return patah bkn mslh gear box, klu kereta msh dlm waranty tukar benda tu free je kat proton sc dan klu da tamat... benda tu berharga dlm 20 - 30 ringgit. tukar benda tu leh bt sendiri atau bawa je kat bengkel terdekat tp lain la cajnya.
BalasPadamBleh tahu x kat mane lokasi spring 2? still searching kat mane lokasi spring return 2 berada.tq
BalasPadamSpring kat luar bawah gear padel....
Padamsaga blm kete paling SIAL DImalaysia!!!!!
BalasPadammesti kete ko x pernah rosak kan....kete ape ko guna ek???
Padamkalo masok gear reverse keras,sama juga ker? punca dr shaft gear.
BalasPadamsaya guna kereta saga blm tahun 2008. mileage x sampai pun 80k KM. tapi gear 5 selalu tendang jadi free. kalau nak bawak laju mmg x dpt. kadang2 slow sgt pun dia tendang jadi free. apa masalah sebenarnya ek? clutch plate ke? ke kena tukar gear box len? ke ada masalah lain? mintak bantuan. kalau dapat email ke saya lagi bagus. ini email saya. tornedge@yahoo.com
BalasPadamspring gear dah putus..harga dalam rm30 ringgit je kalau yang ori proton..aku dah kene
Padamsaya ada masalah yang sama...
Padamkereta saya tahun 2010 saga BLM SE. tgh drive laju ke slow ke...
kekadang gear 5 tendang jadi free pastu ada bunyi...nape ye??
tanya bengkel dia cakap gearbox...betul ke?
gear 5 kerata saya kekadang nak masuk macam ada benda tersangkut...
kalau gearbox agak berapa kos ye?
reply kat email saya kepada sesiapa yang tahu...
mshakirin88@gmail.com
tq
Mohon share juga mcm mana nak betulkan masalah gear bole tendang ke free gear.
PadamSaya bru kne ni...ap yg perlu di baiki n kos nya
Padamsama la saya pon baru kena ni.. berapa kos ye nak tukar.. ada yang tahu tak? bila masuk gear 5 die tendang pastu bunyi bising now kene pegang je gear 5 tu. dah tak boleh nak bawa laju
PadamSama la... 2008 gak. Member kate gearboxnye hal.
BalasPadamaku br kena ptg td...hmmm nasib2 BLM 2009
BalasPadamAku da dalm 2,3 hari da kene ni,adooiii pening kapleee
BalasPadamSaga bl celaka paling besar aku pun dh kena rosak mcam2
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamgear 5 tendang jgk dok tgh drive...apa masalahnya yer. dan berapa kos kerugiaannya.
BalasPadam.tlg emailkan ke syahir_et@yahoo.com..terima kasih
Saya ada masalah yg sama... nak tahu juga apa problem nya..
Padamm.zimey@feldaglobal.com
Salam.....kereta saga blm manual saya mengalami masalah cluth slip....sebelum ni pernah tukar clutch plate...mase dah bukak clutch plate tu tgk gaya masih elok...clutch basket punye pressure plate bengkok....dah tukar....ok tapi xsampai setahun...ape masalahnye ye?
BalasPadamAder perasan gear shaft(batang tengah2 dalam gearbox) macam dah haus....
Pernah kene camni x?
Salam.....kereta saga blm manual saya mengalami masalah cluth slip....sebelum ni pernah tukar clutch plate...mase dah bukak clutch plate tu tgk gaya masih elok...clutch basket punye pressure plate bengkok....dah tukar....ok tapi xsampai setahun...ape masalahnye ye?
BalasPadamAder perasan gear shaft(batang tengah2 dalam gearbox) macam dah haus....
Pernah kene camni x?
Bro..aku 2 3 hari ini stress dengan masalah gear aku gear 1 2 5 n R tidak dapat masuk..cuma gear gear 3 n 4 je..dah hntr pergy proton centre..diaorang pn tidak dpat detect pa masalah dia cuma saspek gear box rosak n nak ganti belas ribu..aduhh peninh..ade idea ka bro??
BalasPadamBro..aku 2 3 hari ini stress dengan masalah gear aku gear 1 2 5 n R tidak dapat masuk..cuma gear gear 3 n 4 je..dah hntr pergy proton centre..diaorang pn tidak dpat detect pa masalah dia cuma saspek gear box rosak n nak ganti belas ribu..aduhh peninh..ade idea ka bro??
BalasPadamSama la dgn masalah aku bro... gear 3 n 4 je noleh masok... baru kene... mamber ckp cabel gear pecah.... bro dh ganti ke?
BalasPadam