Selasa, 28 Disember 2010

Penjagaan Wiper


Setiap kereta dilengkapi dengan pengelap cermin (wiper) bertujuan untuk menolak air apabila hujan semasa kita memandu. Alat ini biasanya dikawal melalui suis yang berada disebelah kiri atau kanan stereng kereta mengikut kesesuaian pengeluar seperti saga blm berada di sebelah kanan stereng. Bilah pengelap cermin tersebut terdiri daripada getah yang dibuat khas untuk tujuan tersebut, justeru itu penjagaan bilah getah tersebut adalah sangat penting supaya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama.

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper iaitu pengilap menggunakan bingkai besi atau soft wiper (seperti gambar) yang menggunakan getah sepenuhnya, amat sesuai dan terbaru buat masa kini. Bilah getah itu tadi boleh menjangkau usia 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1. Apabila kereta anda tidak bergerak pastikan tetangan pengilap kereta anda diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.

2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.

3. Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. selamat mencuba....

Rabu, 15 Disember 2010

Bateri Kereta

Bateri merupakan alat menyimpan cas elektrik untuk kegunaan peralatan dalam kereta termasuk lampu, radio, jam, ECU dan alat penghidup enjin. Bateri kereta kita terdapat dalam 2 jenis iaitu sel basah dan sel kering. sel basah memerlukan cecair sebagai medium untuk bertindakbalas semasa arus elektrik dialirkan.Oleh itu, bateri jenis ini perlu penjagaan semasa digunakan iaitu menambah air bateri sekiranya berkurangan mengikut sukatan yang tertera pada bateri tersebut biasanya dalam dua garisan/label LOWER dan UPPER. UPPER menunjukkan sukatan yang sesuai manakala LOWER perlu penambahan air bateri. Bateri dari jenis sel kering pula merupakan bateri yang tidak memerlukan penjagaan dan boleh terus dipakai berterusan sehingga bateri tersebut rosak dan perlu diganti semula. Biasanya harga bateri jenis ini agak mahal sedikit berbanding sel basah.

Secara amnya, bateri kereta kita boleh bertahan dalam lingkungan 1 tahun setengah hingga 2 tahun dan terdapat dalam perbagai saiz mengikut kenderaan seperti N40, N60 dsb. Untuk Saga Blm saiz yang sesuai ialah N60 dan biasanya dipasang siap dengan bateri jenis sel kering (RAMCAR). Apabila bateri kereta kita mulai kekurangan tenaga (discaj) motor penghidup enjin tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan kenderaan anda tidak dapat digerakkan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. Bagi kereta yang menggunakan sistem karburetor boleh dihidupkan dengan menolak kereta tersebut.

2. Ataupun dengan menggunakan JUMPER iaitu wayar diperlukan untuk disambungkan dari kereta kedua pada kereta anda kemudian enjin kenderaan anda boleh dihidupkan.

3. Dapatkan bateri kereta yang baru pastikan saiz yang sama kemudian pasangkan pada kereta anda dan enjin kereta anda boleh dihidupkan.

Untuk mengetahui teknik-teknik menghidupkan enjin kereta mengikut cara diatas akan kita bincangkan lebih lanjut pada masa akan datang...tq

Jumaat, 10 Disember 2010

Asap Putih.....

Secara lazimnya, kereta kita akan mengeluarkan asap putih pada waktu pagi apabila enjin kereta dihidupkan. Ini kerana dalam keadaan sejuk wap air yang terkandung dalam salur ekzos akan turut terkeluar bersama hasil pembakaran dalam enjin dan akan hilang sebaik saja enjin dalam keadaan panas atau bersedia untuk bergerak. Namun, sekiranya asap putih masih berterusan walaupun semasa kereta anda bergerak ini menunjuk terdapat masalah pada bahagian enjin kereta anda.

Terdapat dua masalah iaitu piston ring enjin kereta anda haus dan valve seal rosak atau bocor, kedua-dua perkara ini mengakibatkan minyak hitam kereta anda turut berkurangan. Ini kerana semasa enjin dihidupkan apabila piston ring haus atau valve seal bocor minyak hitam akan memasuki ruang pembakaran dan minyak tersebut turut terbakar yang menghasilkan asap berwarna putih.

Oleh itu, disarankan terdapat dua cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu general overhaul dan top overhaul. General overhaul sesuai untuk masalah piston ring haus yang melibatkan servis keseluruhan enjin kereta anda yang dianggarkan dalam RM1k manakala top overhaul merupakan penukaran valve seal dan termasuk servis valve(bahagian atas enjin). Kos dianggarkan dalam lingkungan RM200.00

Khamis, 11 November 2010

TAHNIAH PROTON....


Tahniah!!!...kepada Proton dengan pelancaran PROTON INSPIRA semalam bagi meneruskan kesinambungan Proton Waja, kita harus berbangga yang jenama keluaran negara kita berjaya mengeluarkan produk sendiri biarpun jika dilihat kereta keluaran terbaru ini sebijik macam Mitsubishi Lancer (dengan kerjasama MMC) tapi sekurang-kurangnya jenama kita dan tidak mustahil satu hari nanti kita yang buat sepenuhnya. Nampaknya Proton semakin mengorak langkah setanding dengan pengeluar kenderaan bertaraf dunia...syabas Proton. Proton Inspira ini boleh didapati dalam 3 variant iaitu 1.8, 1.8 CVT dan 2.0 CVT

Mari kita sama-sama berkunjung ke Proton Branch berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan keluaran terbaru Proton ini....Jom...

Rabu, 10 November 2010

TAHUKAH ANDA???


1. Buzer alarm akan berbunyi sekali disertai nyalaan lampu isyarat kiri dan kanan apabila punat di tekan pada kunci menandakan pintu kereta kita telah dikunci dan bunyi dua kali menandakan pintu kereta kita boleh dibuka/sedia dibuka. Bunyi buzer tersebut juga boleh kita tetapkan dalam mode senyap dengan menekan kedua-dua punat pada kunci secara serentak dan kereta saga blm anda akan berbunyi sebanyak empat kali selepas itu anda akan mengunci dan membuka kereta tanpa bunyi daripada buzer dan hanya lampu isyarat kiri dan kanan sahaja yang menyala. Selamat mencuba......

2.Apabila kereta saga blm anda menujukkan isyarat untuk mengisi minyak (paparan pada dashboard berwarna oren) atau petanda minyak kereta anda 'bar' telah mula berkelip-kelip ini menunjukan yang anda masih mampu untuk pergi lebih kurang dalam 50 kilometer untuk mengisi petrol. So jangan risau cari stesen minyak yang berdekatan dan untuk perjalanan jauh disyorkan untuk mengisi penuh tangki minyak kereta saga blm anda atau bawa isian spare dalam bonet (botol/gelen) tapi tidak berapa digalakan dikuatiri bahan api tadi akan meruap dan memudaratkan anda.

3.Apa itu penukar bermangkin? tahukah anda yang kereta saga blm kita telah dipasang siap dengan penukar bermangkin yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara iaitu pengeluaran gas hasil dari pembakaran dalam enjin. Sekiranya anda membuka bonet depan kereta anda, alat ini terpasang didepan blok enjin iaitu melalui sistem salur ekzos dan kalau anda perhatikan apabila anda menghidupkan enjin kereta saga blm anda bau yang dikeluarkan agak berlainan daripada kereta yang tidak dipasang alat ini. Bagus lah...sekurang-kurangnya alat ini membantu dalam mengurangkan pencemaran

Isnin, 8 November 2010

Menukar/Servis Air Radiator Kereta

Gambar Coolant Proton (1 liter)
Radiator merupakan elemen penyejuk kepada enjin dan memainkan peranan penting dalam kenderaan kita. Ini kerana air yang diisikan dalam radiator berperanan untuk mengalihkan haba yang terhasil pembakaran yang berlaku dalam enjin ke dalan liang yang terdapat dalam radiator untuk proses penyejukan. Justeru itu, bagi memastikan radiator kereta kita sentiasa berada dalam keadaan baik perlulah di servis secara berkala iaitu lebih kurang 30000KM perjalanan kereta anda dan sejenis cecair perlu ditambah dalam radiator yang dipanggil COOLANT untuk memberikan lebih perlindungan bagi mengelakkan penghakisan dan pengaratan logam yang terdapat dalam radiator. Berikut barang yang diperlukan dan langkah-langkah untuk menukar air dalam radiator kereta anda....berdasarkan yang pernah saya buat pada kereta Saga Blm saya.

1. Coolant sekurang-kurangnya 500ml atau lebih bagus 1 liter la...(saya guna hari tu Coolant Proton Ori 1 liter) kos dalam RM29.00

2. Distrill water 5 liter...byk terdapat kat supermarket (hari tu saya pakai Giant Distrill Water 5 liter) bajet baru RM4.00 je...hehehe

langkah-langkah untuk menukar air dalam radiator kereta ialah:

1. Pertama sekali biarkan kenderaan anda sejuk terlebih dahulu.

2. Buka bonet depan kereta anda dan cari skru dibahagian bawah radiator kereta anda (biasanya plastik je tu) pastu buka dan salir keluar air yang terdapat dalam radiator tersebut.

3. Selepas semuanya telah disalir keluar, bilaskan radiator tadi dengan Distrill Water sehingga diyakini bersih (lebih kurang separuh botol air tersebut - 2.5 liter)

4. Seterusnya pasang semula skru yang dibuka tadi dan ketatkan.

5. Isikan radiator tadi dengan distrill water sehingga separuh penuh kemudian tuangkan coolant tadi (biasanya berwarna hijau) ke dalam radiator dan tambah air semula sehingga penuh.

6. Kemudian hidupkan enjin kereta anda dan periksa kuantiti air dalam radiator tersebut sekiranya berkurangan tambahkan semula sehingga penuh dan jangan lupa periksa tangki simpanan yang berada bersebelahan radiator sekiranya berkurangan tambahkan sehingga mencapai sukatan yang tertera (biasanya tertulis 'F')

Selesai....anda telah berjaya menukar air radiator kereta anda dan selamat mencuba....mudah dan jimat kos.

Penjimatan Bahan Api/Petrol Kereta

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan minyak kereta kita ialah (berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya la...hehehe):

1. Gaya pemanduan, pemandu disarankan agar tidak terlalu menekan pedal minyak kereta anda kerana perbuatan ini akan meningkatkan penggunaan bahan api. Sebagai contoh, semasa menukar gear (bagi kereta bertransmisi manual) jangan terlalu menekan pedal minyak yang membuatkan enjin kereta anda melahu terlalu lama. Dalam keadaan ini kuantiti minyak yang banyak diperlukan dalam oleh enjin kereta anda.

2. Jangan membawa muatan yang berlebihan atau barang-barang yang tidak diperlukan jangan la disimpan dalam kenderaan anda. Ini kerana beban yang banyak akan mempengaruhi prestasi enjin kereta anda dan lagi berat beban itu maka tinggi kuasa diperlukan oleh enjin kereta anda untuk bergerak dan apabila lebih kuasa diperlukan... of course la minyak pun lebih so perbuatan ini juga menyumbang kepada peningkatan penggunaan bahan api kereta anda. Seelok-eloknya sebelum memulakan perjalanan periksa muatan kereta anda mana yang tidak perlu simpan la di rumah anda.

3. Tekanan tayar kereta anda hendaklah sesuai, ini kerana tekanan tayar yang rendah akan meningkatkan penggunaan bahan api kereta anda. Informasi berkenaan tekanan tayar telah kita kongsikan pada bulan lepas di blog ini dalam tajuk alighment so pastikan tekanan tayar kereta anda bersesuaian.

4. apabila mengisi bahan api kereta anda(petrol) adalah disarankan agar mengisi pada waktu pagi dan sebelah petang/malam dan elakkan untuk mengisi pada waktu tengahari kerana pada waktu tengahari kandungan petrol akan mudah meruap dan kandungan minyak dalam tangki akan berkurangan. Kejadian ini sedikit sebanyak mempengaruhi penggunaan bahan api kereta anda.

Problem IAFM Saga Blm

Saya merupakan salah seorang pemilik kenderaan Proton Saga Blm (Medium Line) sejak 4 Mei 2009. Setakat ini kereta masih dalam keadaan baik dan penggunaan kilometer telah mencecah 45000 cuma pada awal 2010 yang lalu kereta saya mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan dan perkara ini telah saya rujuk ke Service Centre Proton yang berdekatan dan dimaklumkan "Intake Manifold" mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, perkara ini dapat diatasi dengan penukaran alat yang dimaksudkan dengan yang baru tetapi proses ini mengambil masa hampir 3 bulan ini kerana proses tempahan alat tersebut mengambil masa yang panjang untuk dihantar dari pengeluar. Namun penantian telah berakhir dan saya dimaklumkan alat yang ditempah telah sampai dan saya telah membuat penukaran alat di Service Centre tersebut.

Sehingga kini kereta berada dalam keadaan baik walaupun perjalanan harian saya agak jauh dalam lingkungan 100 kilometer. Sebarang info berkaitan kereta Saga Blm bolehlah kita kongsi-kongsikan di blog ini. Terima Kasih...

Isnin, 18 Oktober 2010

Motor Oil untuk Saga Blm saya

Jenis motor oil yang pernah saya pakai untuk kereta Saga BLM saya seperti berikut:

Petronas SYNTIUM 800 (Semi-Syntetic Oil), 15W-50 API SM

Shell HELIX (Semi-Syntetic Oil), 10W-40 API SM *Botol Biru*

Shell HELIX (Mineral Base Oil), 15W-40 API SL *Botol Kuning*

Castrol GTX MODERN ENGINE (Mineral Base Oil), 15W-40 API SM

Jenis API (American Petroliam Institut)

Apa yang saya faham, kod ataupun nombor API perlu diambil perhatian semasa membeli minyak pelincir yang ada di pasaran sekarang hendaklah sesuai dengan keperluan enjin kenderaan anda. Huruf W mewakili WINTER maknanya kelikatan minyak tersebut semasa berada dalam keadaan sejuk biasanya kat negara Eropah yang ada 4 musim manakala angka sebelah kanan pula mewakili kelikatan semasa berada dalam cuaca panas sesuai untuk negara kita so ini perlu diambil perhatian tetapi rata2 minyak yang ada di pasaran kita sekarang pun kira standard 40 dan 50.Setelah saya merujuk manual pengguna yang disertakan semasa saya membeli kereta Saga BLM saya tempohari kesesuaian API adalah dari jenis SJ atau lebih tinggi. Maknanya kita boleh mengunakan minyak pelincir yang mempunyai API gred SJ,SL dan yang terkini SM. Untuk lebih selamat gunalah API SM.

Stereng Bergetar

Antara sebab2 tayar kereta kita bergetar? (berdasarkan pengalaman saya yang sdh hampir 6 tahun pegang kereta....hehehe kunun la)

1. Tekanan angin tayar tidak seimbang merupakan salah satu penyebab mengapa stereng kereta kita bergetar. So periksa la tekanan angin tayar kereta anda dan maklumat berkaitan tekanan angin tayar yang sesuai ada pada pintu kereta anda dan pada mesin pump di stesen minyak. Tekanan angin tayar kereta yang biasa saya pakai ialah:

tayar depan - 31 atau 32 psi (kerana bahagian depan agak berat skit coz ada enjin kan)
tayar belakang - 30 psi

2. Periksa bunga tayar kereta anda mungkin kehausan yang tidak sekata atau benjol 'bunting' juga menyebabkan stereng bergetar. hal ini terjadi kerana tekanan tayar yang tinggi semasa mengepam tayar stesen minyak atau penjajaran tayar tidak betul.

3. Balancing tayar, antara penyebab stereng kereta kita bergetar. Oleh itu, bawa la kereta ke bengkel berdekatan untuk memeriksa balancing tayar kereta anda menggunakan mesin khas dan sekiranya perlu penambahan pemberat (timah) dilakukan. Pernah saya buat...tayar kereta saya kena tambah 400 gram timah tu so kena charge dlm RM5.

4. Selain itu, rim tayar juga memainkan peranan dalam hal ini kerana adakalanya rim tayar yang bengkok mengakibatkan stereng bergetar dan pemeriksaan diperlukan oleh mekanik yang bertauliah.

5. Sistem stereng yang tidak baik yang merangkumi stereng box hingga ke 'tie rod in' iaitu tetangan yang menyambung ke tayar mungkin longgar dan perlu diketatkan atau diganti. Setakat ini belum ada masalah pada saga blm saya.

Demikian la serba sedikit yang saya tahu mengenai stereng bergetar dan sebarang info berkaitan hal ini boleh la dikongsi bersama...tq

Penjajaran tayar/Alighment saga blm

pada bulan september lalu, saya telah melakukan penjajaran tayar saga blm saya memandangkan hampir setahun setengah penggunaan dan kehausan tayar yang tidak sekata iaitu dibahagian dalam tayar lebih haus berbanding diluar(makan dalam). Alighment tersebut saya buat dibengkel berdekatan tempat tinggal saya ini kerana tidak mempunyai banyak masa untuk membuat apoinment di pusat servis EON yang perlu menunggu sehingga seminggu. Justeru itu, alighment yang dilakukan oleh bengkel tersebut melibatkan tayar di bahagian hadapan sahaja kerana pada bahagian belakang memerlukan alat khas. Berikut jumlah yang diperlukan dalam proses ini:

Upah org buat alighment tu - RM30
Chamber nuts - RM20 setiap satu x 2 = RM40
JUMLAH KESELURUHAN =RM70

Biasanya alighment pertama kali ini kita perlu tukar chamber nut kerana pada asalnya adalah nut biasa sahaja so perlu ditukar untuk memudahkan adjust tayar bagi mendapatkan bacaan alighment yang tepat.

Nota: Chamber nut adalah berbentuk skru bolt n nut cuma agak special sikit coz dibahagian tengahnya mempunyai besi yang boleh bergerak untuk menyesuaikan kedudukan setelah skru dipasang dalam tempat asalnya. Sekiranya anda mempunyai pandangan dan pendapat mengenai perkara yang kita bincangkan ini...di alu-alukan untuk menyertai topik ini.tq

Selasa, 29 Jun 2010

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Buat semua kekawan yang telah menyertai laman ini terima kasih diucapkan dan kedatangan kalian amat dialu-alukan. Tujuan utama saya membuka laman ini adalah khas buat saudara/saudari yang merupakan pemilik kereta proton Saga Blm untuk kita membincangkan pandangan, pendapat kalian mengenai kereta Saga Blm ini.

Untuk makluman kalian, sejak kereta ini dikeluarkan sejak tahun 2008 pelbagai rungutan dan pelbagai komen negatif telah saya baca melalui internet. Walaubagaimanapun, saya berpendapat setiap masalah itu ada penyelesaiannya dan kita harus bersabar.

Untuk itu, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian kalian untuk menyertai laman ini dan marilah kita sama-sama memberi pandangan dan pendapat masing-masing.

Sekian.

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...