Rabu, 15 Disember 2010

Bateri Kereta

Bateri merupakan alat menyimpan cas elektrik untuk kegunaan peralatan dalam kereta termasuk lampu, radio, jam, ECU dan alat penghidup enjin. Bateri kereta kita terdapat dalam 2 jenis iaitu sel basah dan sel kering. sel basah memerlukan cecair sebagai medium untuk bertindakbalas semasa arus elektrik dialirkan.Oleh itu, bateri jenis ini perlu penjagaan semasa digunakan iaitu menambah air bateri sekiranya berkurangan mengikut sukatan yang tertera pada bateri tersebut biasanya dalam dua garisan/label LOWER dan UPPER. UPPER menunjukkan sukatan yang sesuai manakala LOWER perlu penambahan air bateri. Bateri dari jenis sel kering pula merupakan bateri yang tidak memerlukan penjagaan dan boleh terus dipakai berterusan sehingga bateri tersebut rosak dan perlu diganti semula. Biasanya harga bateri jenis ini agak mahal sedikit berbanding sel basah.

Secara amnya, bateri kereta kita boleh bertahan dalam lingkungan 1 tahun setengah hingga 2 tahun dan terdapat dalam perbagai saiz mengikut kenderaan seperti N40, N60 dsb. Untuk Saga Blm saiz yang sesuai ialah N60 dan biasanya dipasang siap dengan bateri jenis sel kering (RAMCAR). Apabila bateri kereta kita mulai kekurangan tenaga (discaj) motor penghidup enjin tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan kenderaan anda tidak dapat digerakkan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. Bagi kereta yang menggunakan sistem karburetor boleh dihidupkan dengan menolak kereta tersebut.

2. Ataupun dengan menggunakan JUMPER iaitu wayar diperlukan untuk disambungkan dari kereta kedua pada kereta anda kemudian enjin kenderaan anda boleh dihidupkan.

3. Dapatkan bateri kereta yang baru pastikan saiz yang sama kemudian pasangkan pada kereta anda dan enjin kereta anda boleh dihidupkan.

Untuk mengetahui teknik-teknik menghidupkan enjin kereta mengikut cara diatas akan kita bincangkan lebih lanjut pada masa akan datang...tq

17 ulasan:

  1. betul ke bateri BLM nie sel kering?
    aku ade check bwh sticker RAMCAR tu ade 4 lubang bertutup yg blh dibuka dgn skridriver and aku tgk ade cecair semua. aku tyr member aku..bateri basah? ape pendapat sdr?

    BalasPadam
  2. ade ape2 info pasal spark pluG BLM?
    hari tu ade servis kat EON die ade cas 38.00. tak tahu die tkr ke atau cuci je?

    BalasPadam
  3. Rasanya mmg bateri saga Blm ni sel kering coz dari awal kuar kereta aku sehingga skrg da msk 2 thn lbh tak pernah tambah air.

    BalasPadam
  4. x tau lah..confius gak sbb kete persona saya pun guna batt ramcar...mmg ada nat cam bleh tambah air..tapi dah 2 tahun setengah guna...x penah tambah air pun...tp bila tgk cam sel basah jek batt ni

    BalasPadam
  5. mmg camtu la...sbnrnya bateri tu sel kering la cuma dalamnya mesti ada cecair juga tuk berfungsi cuma kita tak perlu hiraukan benda tu...da mmg dicipta dan bgtu spesifikasinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pala otak kau...betri kering dia akan tulis MF bodoh

      Padam
  6. Spark plug biasanya ditukar tu....standard proton RM38 klu beli kat luar bleh dapat dlm Rm30-35 je dan klu pandai pasang sendiri lg save...

    BalasPadam
  7. sel kering blh gune jumper ke?

    BalasPadam
  8. Bateri kering pun sebenarnya ada aIr dalamnya,juga dikenali sebagai maintenance free battery.pakai je sampai kong.tak perlu tambah air bateri macam sel basah tu.
    Saya ada bekalan stok bateri utk saga BLM,brand yokohama,century cuma rm170 sahaja.tolak bateri lama rm10,total cuma rm160sahaja,harga terbaik di pasaran.

    Jika Berminat ,sila hubungi saya,ahmad 012-3830595,email ahmadbateri@gmail.com
    Lokasi bangi,nilai,kajang,putrajaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..nilai kt area mne yew?

      Padam
    2. salam..nilai kt area mne yew?

      Padam
    3. Pala otak kau..nama je jual bateri..jenis bateri pun kau x tahu...betri kering diabtulis MF la buddohh

      Padam
  9. Bila tukar beteri,pasti ada beteri lain @ power support bg kereta anda (terutama skali kereta yg computerized)..jika terus cabut beteri lama dan pasang beteri baru dan alarm berbunyi,sila ke Proton SC utk set balik computerized system..klu tidak, penggunaan bahan petrol akan meningkat, sound speaker jd perlahan, notification light (lampu amaran utk minyak enjin & sbgnya) akan lambat bertindak...

    -Pert-

    BalasPadam
  10. BLM saya tahun 2008, battery flat 2011, malam tadi baru flat lagi. Kesimpulannya, battery saya tahan 3 tahun setiap satu. Tengahari ni baru nak pegi beli battery baru. Tapi kat sini mahal dari Semenanjung apa boleh buat.

    http://jangansusahhati.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. SAYA PAKAI SAGA FL...2THUN GAK THAN BATERI RAMCAR NI...TP X DE DUIT NK TKAR BRAND SAME..MHAL...3RTS LBIH PROTON SERVIS CKP..LAST2 BELI CENTURY 2RTS GAK..KRG LA CKT..BETAHN 8 BLN JE..HAMPEH..NSB KEDAI YG BELI NI DKT,UNDER WARRANTY DPT TKR BRU..X G KIJE LAA HR TU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pakai Century.. Rm180..tahun 2013 beli.. Baru sekarang 2017 rosak.. Baru tukar bateri bari, Yokohama..rm145 free maintenance..

      Padam

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...