Saya merupakan salah seorang pemilik kenderaan Proton Saga Blm (Medium Line) sejak 4 Mei 2009. Setakat ini kereta masih dalam keadaan baik dan penggunaan kilometer telah mencecah 45000 cuma pada awal 2010 yang lalu kereta saya mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan dan perkara ini telah saya rujuk ke Service Centre Proton yang berdekatan dan dimaklumkan "Intake Manifold" mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, perkara ini dapat diatasi dengan penukaran alat yang dimaksudkan dengan yang baru tetapi proses ini mengambil masa hampir 3 bulan ini kerana proses tempahan alat tersebut mengambil masa yang panjang untuk dihantar dari pengeluar. Namun penantian telah berakhir dan saya dimaklumkan alat yang ditempah telah sampai dan saya telah membuat penukaran alat di Service Centre tersebut.
Sehingga kini kereta berada dalam keadaan baik walaupun perjalanan harian saya agak jauh dalam lingkungan 100 kilometer. Sebarang info berkaitan kereta Saga Blm bolehlah kita kongsi-kongsikan di blog ini. Terima Kasih...
Isnin, 8 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Teka Bunyi Apa Niee???
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...
-
Salam..... buat semua member-member dan terima kasih bebanyak bagi anda yang telah melawati blog yang tidak seberapa ini, diharapkan sedikit...
-
Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu t...
-
Lampu signal (isyarat) kanan dan kiri tidak berfungsi. Setelah aku rujuk kat Proton SC yang terdekat mereka rekomen tukar SUIS ISYARAT KECEM...
masih bunyi lh lps tukar IAFM..
BalasPadam