Selasa, 28 Disember 2010

Penjagaan Wiper


Setiap kereta dilengkapi dengan pengelap cermin (wiper) bertujuan untuk menolak air apabila hujan semasa kita memandu. Alat ini biasanya dikawal melalui suis yang berada disebelah kiri atau kanan stereng kereta mengikut kesesuaian pengeluar seperti saga blm berada di sebelah kanan stereng. Bilah pengelap cermin tersebut terdiri daripada getah yang dibuat khas untuk tujuan tersebut, justeru itu penjagaan bilah getah tersebut adalah sangat penting supaya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama.

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper iaitu pengilap menggunakan bingkai besi atau soft wiper (seperti gambar) yang menggunakan getah sepenuhnya, amat sesuai dan terbaru buat masa kini. Bilah getah itu tadi boleh menjangkau usia 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1. Apabila kereta anda tidak bergerak pastikan tetangan pengilap kereta anda diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.

2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.

3. Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...