Selasa, 6 Februari 2018
Selamat Datang Tahun 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kepada anda semua yang sudi datang melawat ke laman blog saya yang tidak seberapa ini. Sekian lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini laman blog bukan kerana saya sudah menjual kereta saga blm. untuk makluman semua, saya masih menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan harian seperti pergi kerja, jalan-jalan dan semuanya sebab saya ada satu kereta saja.
So, sempena tahun baru 2018 ni saya mengucapkan... "SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2018" dan semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya, aminn. Seterusnya untuk tahun ini, saya cuba untuk kongsi info-info berguna berkaitan kereta saga blm ni dan sejujurnya, pada tahun 2013 kereta saga blm saya breakdown (head rosak) macam yang ada dalam post saya sebelum ini agak melemahkan semangat saya menggunakan kereta keluaran tempatan ini. Macam2 perasaan ada... nak jual la... trade in la... tp memandangkan tiada kereta masa tu so saya terus je la pakai.
Sehingga la tahun 2017, saya da settle payment bank kereta... pastu saya rasa sayang plak nak jual dan dalam tempoh 4 tahun tu saya guna kereta ni baru la saya tahu rupanya kereta saga blm sedikit murah kos penyelenggaraan berbanding yang seangkatannya seperti FL, SV, FLX dan beberapa jenis kereta lain. Kenapa saya kata begitu? saya bagi contoh... bearing belakang, bila FLX kena tukar sekali dengan hub tayar tau bila tukar bearing dan memerlukan kos RM300++ (dalam anggaran) berlainan pula dengan saga blm ni kita boleh buat dengan harga dibawah RM100. Ada lagi contoh lain seperti clutch pump... tapi itu nnt kita cerita la.
saya fikir kereta saga blm ni... berbaloi dengan kemampuan saya. Tidak dinafikan juga kerosakan itu memang ada... almaklumlah kereta dah cecah 9 tahun dan perbatuan sekarang pun da mencapai 243K perjalanan. So lepas ni saya akan kemaskini info-info berkaitan kereta saga blm saya dalam blog ini sebagai pengetahuan kita bersama dari masa ke semasa sekiranya ada kelapangan.
Sekian... terima kasih semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Teka Bunyi Apa Niee???
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...
-
Salam..... buat semua member-member dan terima kasih bebanyak bagi anda yang telah melawati blog yang tidak seberapa ini, diharapkan sedikit...
-
Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu t...
-
Lampu signal (isyarat) kanan dan kiri tidak berfungsi. Setelah aku rujuk kat Proton SC yang terdekat mereka rekomen tukar SUIS ISYARAT KECEM...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan