Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya nak kongsi lagi berkaitan masalah alternator kereta saya, sebenarnya kejadian ini berlaku tahun lepas tetapi saya kongsikan disini untuk rujukan bagi anda yang belum pernah melalui benda ni... simptom seperti video dibawah ni tapi terlebih dahulu saya mohon maaf sebab sewaktu video ni diambil pada waktu malam tambahan pula lepas hujan... so saksikan je la.
inilah salah satu simptom masalah pulley alternator, pada mulanya saya pun tak tau apa masalah sehinggalah saya bawa ke bengkel berdekatan keesokkan harinya. Nak tengok proses pembaikan di bengkel tu... ok gambarnya seperti dibawah ya:
Kos yang terlibat adalah seperti gambar berikut:
Untuk pengetahuan semua, kos penukaran alternator baru dalam lingkungan RM600++ mengikut bengkel dan kawasan. So saya ambil keputusan untuk baiki sahaja dan sehingga hari ini alternator tersebut masih dalam keadaan baik sudah guna dalam 5 bulan. Sekian, semoga bermanfaat untuk kita bersama...
Altenator baru harga rm180-200 knp harga pulley tu mahal nau
BalasPadamTu rm180-200 hrga alternator recond tuan.
BalasPadamBuat di mana tu tuan? Saya buat d area kk kena RM350.00
BalasPadammaknanya..bunyi bising tu dari pulley alternator..
BalasPadamOoh..patutla kereta sy dh baru2 ini ada bunyi..
BalasPadamDia palai pulley brand apa?
BalasPadamPulley yang rosak ke bering pulley yang rosak?Sebab pernah kereta saya bering alternator rosak berbunyi. Ganti bering jer. Brush carbon dan wiring masih elok lagi
BalasPadamRHMN, tu pulley zaman dulu yg ada bearing bodoh shj....pulley alternator zaman sekarang, ada clutch and 1 way bearing mechanism, sebab tu mahal.....
BalasPadamKereta Saya Saga FLX pada 7 Mac
BalasPadam2022 lalu baru sahaja tukar Alternator yg baharu (RM360) tapi ada bunyi macam ketukan datang dari dalam alternator tu.Apa yg rosak ni agaknya ya?, Pulley atau bearingnya?
rm360 tu alternator recon. bukan ori. ori 600 lebih
PadamAs salam
BalasPadamSy pun kena mcm tuan..otw balik kerja pulak tu dia buat hal..50km lg nk sampai umah..terima kasih tuan kongsi video ni..yg kelakarnya bila check sistem pomen kata alternator ok lg..tp sy buat keputusan tukar je la alternator baru..sbb keta pun dh 9 tahun pakai..harga alternator ori mmg rm600++..mujur la ada simpanan..