Jumaat, 21 November 2014

Tukar Timing Belt Kali Kedua

Alhamdulillah... selesai membuat penukaran timing belt untuk kali kedua kereta Saga Blm saya, sekarang ni dah cecah 167,668KM perjalanan sejak aku guna kereta ni hampir 6 tahun berlalu. Buat penukaran dekat Proton Service sebab masih lagi beri kepercayaan kepada Proton Service berdasarkan pengalaman sebelum ini tidak ada masalah yang timbul seperti kebocoran pada Oil Seal dsb walaupun dari segi kos agak mahal jika dibandingkan buat dekat luar.
Jika kita lihat pada bil diatas, ada Diskaun diberikan untuk alat ganti dan upah meskipun dah ada GST...huhuhu. Ada sedikit perbezaan dari penukaran kali pertama dulu iaitu RM25.00 dan Timing Belt pun mereka da letak dalam satu Set manakala sebelum ini dijual berasingan.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, info yang bagus dan berguna! mileage kereta blm m-line saya pun dah capai 168,607 km, bulan 3 ni genap la 5 tahun umurnya, dah book bengkel untuk tukar timing belt juga, terima kasih bro!! :D

    BalasPadam
  2. Info yang berguna...lama sgt bro tak update...dah jual ke?
    sy punya saga pun nak lepaskan kat adik ipar...sayu jer rasa..maklumla 1st car..
    lagi pun tak pernah mendatangkan banyak masalah besar..

    BalasPadam
  3. Harga barang kat Proton SC agak mahal,upah lebih kurang sama kat bengkel luar. Aku masa tukar timing belt 1st dulu,beli barang kat kedai sparepart harga timing belt set RM 195. 1 timing belt,3oil seal dengan 1 bearing..

    BalasPadam
  4. Kereta BLM saya tahun 2008 (auto), minggu lepas balik kg, otw ke kl singgah tapah r&r solat maghrib. Nak sambung perjalanan tak boleh start. call plus bantuan dia kata fuel pump ada masalah; relay ok, dah reset, api ada, minyak tak naik, aduss, minta bantuan wow, dia kata tak ada spare parts, esok baru boleh tukar. call AAM, dia hantar panel towing, tolong hantar ke hotel di bidor (nasib baik ada hotel), esok dalam pukul 12 kereta siap...mekanik charge barang rm300 kalau bosh rm500, proton kata rm470 tak masuk upah...kete saya dah 302,355 mileage dia...(sensor temperature dah tukar, motor fan dah tukar)timing belt saya mesti buat kat proton...so far 80,000km boleh bertahan (campur jem), proton kata 100,000 boleh tahan tapi tak nak ambil risk..83,000 pun still ok..sekadar kongsi cite

    BalasPadam

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...