Khamis, 8 Februari 2018

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa pula ni ya? videonya seperti dibawah ya:

Cuba teka kerosakan apakah ini??? hahaha
Oklah admin share ya dengan korang... pada mulanya admin fikir bunyi tu berpunca daripada suspension di bahagian depan kereta seperti ball joint lower arm atau bar bush atau stabilizer link... tetapi bila admin bawa ke bengkel selang seminggu kemudian dalam bulan Oktober 2017. Rupa-rupanya bearing belakang yang rosak sebab kebiasaannya bila bearing rosak bunyi berdengung sama seperti bunga tayar tak rata. Macam dalam entri admin 06 Feb lalu ada cakapkan kereta saga blm ni antara yang termurah bila tukar bearing belakang dan tidak seperti saga FLX yang memerlukan kos dalam lingkungan RM300++ kerana perlu tukar sekali hub tayar tersebut.
Admin share sedikit gambar semasa proses ganti bearing tu... seperti berikut:
Pemasangan bearing ni memerlukan alatan khas untuk memasukkan bearing ke dalam drum brek (Tekanan / jerk). Setelah selesai... berikut jumlah yang telah saya bayar untuk kerja pembaikan ini:
1. Bearing Brand NTN Japan - RM65.00
2. Upah pemasangan - RM30.00
JUMLAH KESELURUHAN - RM95.00
Seperti yang saya katakan dalam post kelmarin kos menukar bearing belakang dibawah RM100.00. Sekian...

Rabu, 7 Februari 2018

Alternator Problem

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya nak kongsi lagi berkaitan masalah alternator kereta saya, sebenarnya kejadian ini berlaku tahun lepas tetapi saya kongsikan disini untuk rujukan bagi anda yang belum pernah melalui benda ni... simptom seperti video dibawah ni tapi terlebih dahulu saya mohon maaf sebab sewaktu video ni diambil pada waktu malam tambahan pula lepas hujan... so saksikan je la.
inilah salah satu simptom masalah pulley alternator, pada mulanya saya pun tak tau apa masalah sehinggalah saya bawa ke bengkel berdekatan keesokkan harinya. Nak tengok proses pembaikan di bengkel tu... ok gambarnya seperti dibawah ya:
Kos yang terlibat adalah seperti gambar berikut:
Untuk pengetahuan semua, kos penukaran alternator baru dalam lingkungan RM600++ mengikut bengkel dan kawasan. So saya ambil keputusan untuk baiki sahaja dan sehingga hari ini alternator tersebut masih dalam keadaan baik sudah guna dalam 5 bulan. Sekian, semoga bermanfaat untuk kita bersama...

05 November 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang saya cerita semalam, saya akan kemaskini blog ini dari masa ke masa... so untuk hari ini, saya nak masukkan cerita yang telah berlaku pada 05 November 2017 lalu. Rasanya bolehkan... just sharing... kejadian berlaku kereta saya terlibat kemalangan kecil seperti gambar dibawah :
Sakit hati jugak sebab salah pakcik tu... boleh di simpang tiga tu reverse kereta pula tapi malaslah nak kecoh-kecoh time tu lagipun orang da berumur dalam lingkungan 60an so kitaorang settle cara baik la. Pakcik tu sanggup keluarkan wang tuk baiki tapi saya taklah paksa dia bayar sepenuhnya sebab tengok pun cam orang susah... so saya suruh dia bayar ikut kemampuan la. Dijadikan cerita, bermula la pula kerja saya tuk cari bengkel untuk baiki kereta saya ni dan akhirnya saya jumpa brader ni dalam FB, kitaorang buat appointment... maka bermula proses membaiki kereta saya ni seperti gambar dibawah:
Dan akhirnya kereta saya berjaya dibaiki dan kos yang terlibat seperti berikut:
1. Cat fender sebelah kanan dan bumper termasuk ketuk - RM300.00
2. Lampu sebelah kanan (original) - RM295.00
JUMLAH KESELURUHAN - RM595.00
INILAH HASILNYA...

Selasa, 6 Februari 2018

Selamat Datang Tahun 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada anda semua yang sudi datang melawat ke laman blog saya yang tidak seberapa ini. Sekian lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini laman blog bukan kerana saya sudah menjual kereta saga blm. untuk makluman semua, saya masih menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan harian seperti pergi kerja, jalan-jalan dan semuanya sebab saya ada satu kereta saja.
So, sempena tahun baru 2018 ni saya mengucapkan... "SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2018" dan semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya, aminn. Seterusnya untuk tahun ini, saya cuba untuk kongsi info-info berguna berkaitan kereta saga blm ni dan sejujurnya, pada tahun 2013 kereta saga blm saya breakdown (head rosak) macam yang ada dalam post saya sebelum ini agak melemahkan semangat saya menggunakan kereta keluaran tempatan ini. Macam2 perasaan ada... nak jual la... trade in la... tp memandangkan tiada kereta masa tu so saya terus je la pakai.
Sehingga la tahun 2017, saya da settle payment bank kereta... pastu saya rasa sayang plak nak jual dan dalam tempoh 4 tahun tu saya guna kereta ni baru la saya tahu rupanya kereta saga blm sedikit murah kos penyelenggaraan berbanding yang seangkatannya seperti FL, SV, FLX dan beberapa jenis kereta lain. Kenapa saya kata begitu? saya bagi contoh... bearing belakang, bila FLX kena tukar sekali dengan hub tayar tau bila tukar bearing dan memerlukan kos RM300++ (dalam anggaran) berlainan pula dengan saga blm ni kita boleh buat dengan harga dibawah RM100. Ada lagi contoh lain seperti clutch pump... tapi itu nnt kita cerita la.
saya fikir kereta saga blm ni... berbaloi dengan kemampuan saya. Tidak dinafikan juga kerosakan itu memang ada... almaklumlah kereta dah cecah 9 tahun dan perbatuan sekarang pun da mencapai 243K perjalanan. So lepas ni saya akan kemaskini info-info berkaitan kereta saga blm saya dalam blog ini sebagai pengetahuan kita bersama dari masa ke semasa sekiranya ada kelapangan.
Sekian... terima kasih semua.

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...