Isnin, 20 Jun 2011

Masalah Return spring Pada Handle Gear Saga Blm (Manual)

Pada mulanya saya malas nak tulis semua ni tetapi memandangkan begitu banyak problem kat kereta Saga Blm saya ni so terfikir juga untuk menulis semua ni sebagai pengetahuan kita bersama dan bagi pemilik Saga Blm kat luar sana.

Semua permasalahan yang saya tuliskan didalam blog ini bukan sengaja diadakan atau direka-reka tapi ini semua betul-betul berlaku pada kereta Saga Blm saya. Berbalik kepada tajuk, Satu lagi masalah yang pernah berlaku pada kereta Saga Blm saya dalam beberapa bulan lalu tetapi baru sekarang saya masukkan dalam blog ini.

Bagi anda yang mempunyai kereta Saga Blm bertransmisi MANUAL apabila kita tolak ke kanan dan kiri untuk memasukkan gear dan apabila dilepaskan seolah-olah handle gear tersebut kembali ke kedudukan asal...perasan tak?
dan jangan hairan atau terkejut apabila handle gear kereta anda longgar tidak seperti sebelum itu, ini menunjukkan return spring yang menarik handle gear tersebut telah terlepas atau putus.

Benda tu jika kita bawa ke EON yang terdekat memang underwaranty cuma benda sekecil tu memerlukan masa yang panjang nak buat...heran kan? tapi setelah lama aku tunggu kat sana, rasa badan pun cam panas semacam je...mula la aku bertanya kenapa la kereta aku dari tadi tak da mekanik yang attend? pastu orang kat kaunter tu mula la gelabah...trs disuruh mekanik tu pg buat, aiii...aku tgk tak smpi pun 10 minit da pun siap. herah....heran.....tapi aku tunggu dari tadi sampai orang yang kemudian dari aku yang siap duluan.

pelik....rupanya baru aku paham, kalau orang yang datang tuk servis didahulukan biasa la dorang dpt duitkan tapi kalau yang claim waranty tu dibuat kemudian. Kalau camtu tak payah la ambil nombor lg, tiada guna juga klu orang yang kemudian lagi yang siap dulu. So saya berharap perkara ni diperbetulkan...tidak kira servis ka atau claim waranty, buat la sama rata ikut giliran baru adil ....tq

Panduan menukar Tayar Kereta Saga Blm

Dalam Gambarajah di atas menunjukkan pelan kedudukan tayar kereta Saga Blm anda. Tayar dibahagian belakang kereta diletakkan pada bahagian hadapan kereta anda kerana biasanya kehausan tayar belakang kurang berbanding tayar hadapan dan boleh digunakan dibahagian hadapan (tayar pemacu atau tayar yang menggerakkan kereta anda).
Manakala, tayar di bahagian hadapan sebelah kiri iaitu sebelah penumpang ditukar secara bersilang iaitu ke bahagian kanan tayar belakang dan begitu juga sebaliknya bagi tayar kanan hadapan ke sebelah kiri tayar belakang seperti gambarajah diatas.
Perhatian: Tayar belakang kereta Saga Blm ni selalu makan dalam (cepat haus dibahagian dalam berbanding luar) so bila nak buat penukaran tayar seperti diatas mungkin perjalanan kereta anda tidak rata atau seperti lari alighment.

Masalah Power Steering Kereta Saga Blm Saya

Satu lagi masalah kereta Saga Blm saya yang pernah berlaku pada awal tahun dahulu iaitu power steering leaking. Pada awalnya, saya ingatkan basah pada bahagian power steering adalah disebabkan oleh titisan air yang dikeluarkan oleh penghawa dingin kereta tetapi setelah lama saya mendapati kesan basah tersebut masih tidak kering.

Justeru itu, saya cuba untuk membersihkan dengan kain pengelap dan selang dua hari kemudian saya mendapati masih berlaku kesan basah yang sama. Saya mula syak berlaku kebocoran sistem power steering apabila mendapati kandungan bendalir pada tangki simpan sistem tersebut berkurangan dalam kuantiti yang banyak dan tidak seperti biasa.

Saya mengambil insiatif untuk membawa kereta Saga Blm saya ke EON servis berdekatan dan setelah diperiksa saya dimaklumkan terdapat kebocoran pada struktur power steering tersebut. Tindakan kakitangan EON tersebut membuat tempahan untuk menggantikan alat tersebut dan setelah menunggu 2 minggu kemudian saya menghubungi EON tersebut dan dimaklumkan alat tersebut telah sampai. Saya telah membawa kereta untuk penukaran alat tersebut.

Setelah selesai dan sehingga sekarang kereta saya berada dalam keadaan baik.

Kenali Alat penapis Minyak (Fuel Filter) Kereta Saga Blm

Seperti alat penapis udara yang dipasang pada bahagian enjin semua jenis kereta agak berbeza dengan alat penapis minyak yang dipasang pada bahagian belakang kereta Saga Blm (tayar belakang sebelah pemandu) iaitu berhampiran dengan tangki minyak utama.

Peranan utama alat ini untuk menyaring minyak petrol dari tangki simpanan utama sebelum dihantar ke bahagian enjin untuk proses pembakaran bagi menggerakkan kenderaan anda. Benda asing yang tidak sepatutnya akan tinggal pada alat penuras tersebut dan jangka hayat bagi alat ini adalah dalam lingkungan 60k kilometer perjalanan sesebuah kereta Saga Blm tersebut. Alat ini boleh didapati di EON atau Proton Servis dengan harga dalam lingkungan RM25 - RM30.

Dari segi penukaran, agak mudah dan boleh dilakukan sendiri. Antara prosesnya ialah:

a) Anda hanya perlu berbaring berhampiran tayar belakang sebelah pemandu dan anda akan dalam melihat alat ini, hanya satu skru perlu dilonggarkan iaitu dengan menggunakan spanar nombor 10 setelah itu cabut kedua-dua hos yang bersambung pada setiap hujung. Kemudian keluarkan alat ini.

b) Masukkan alat yang baru tersebut mengikut arah anak panah yang ditunjukkan pada alat tersebut. Amat penting sekali, arah pergerakkan ini menunjukkan aliran masuk petrol dari tangki utama ke bahagian enjin kereta dan JANGAN SALAH, ini kerana akan mengakibatkan hilang fungsi alat tesebut. Kemudian sambungkan hos yang dicabutkan tadi pada kedua-dua hujung yang terdapat pada alat ini.

c) Ketatkan semula skru pemegang tadi...dan siap. Anda telah berjaya menukarkan Fuel Filter bagi kereta Saga Blm anda. Hidupkan semula enjin kereta anda bagi memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran.

Selesai........selamat mencuba!!!

Masalah Tensioner Bearing Kereta Saga Blm

kikkk..kikkk...halus bunyinya tapi sangat tajam dan membuatkan saya tidak tahan. Pelik dengan bunyi kereta Saga Blm saya bila dihidupkan pada waktu pagi berbunyi bising dan apabila aircond kereta dihidupkan. Bimbang dengan keadaan tersebut saya segera membawa kereta saya ke EON Servis berdekatan. setelah diperiksa saya dimaklumkan oleh mekanik yang bertugas bahawa Tensioner Bearing yang rosak.

Syukur alhamdulillah...masih underwaranty, benda tersebut ditukar tanpa sebarang bayaran dan saya dimaklumkan bahawa benda tersebut berharga dalam lingkungan RM300.

wow...sakit jg kalau bayar dengan duit sendiri nasiblah underwaranty so setelah benda tu dipasang semula bunyi tersebut hilang dengan serta merta. Inilah kebaikannya ada jaminan dari pengeluar kereta seperti PROTON biarpun agak rugi dari segi masa untuk menunggu kereta tersebut semasa dibaik pulih memandangkan saya hanya ada satu kereta sahaja tetapi berbaloi kerana menjimatkan kos....TERIMA KASIH PROTON.

Khamis, 9 Jun 2011

Saga FL Baru


Tahniah buat proton!!!....dengan kelahiran model baru Saga FL (Facelift) yang merupakan kesinambungan daripada Saga BLM sedia ada yang telah dinaiktaraf aksesorinya seperti lampu hadapan dan belakang yang lebih menawan, bentuk rim yang baru, kemasan dalam memperlihatkan penambahan tingkap kuasa (power window) bagi tempat duduk belakang, suis kawalan radio pada stereng kereta tersebut, USB plug bagi memudahkan pengguna yang gemar memainkan lagu MP3 dan ada lagi....nak tau?? mari kita bersama-sama mengunjungi Proton Edar berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Saga FL ni......jom......

Menghilangkan Kesan Calar Halus/Polish Kereta

Bagi saya, sudah lumrah kesan calar sedikit tu...kira biasalah, selagi mampu kereta kita bergerak gunakan sajalah. Calar sedikit tu...gosoklah guna product kat bawah ni (gambar) tapi jangan la pula calar yang dalam sangat kalau setakat sikit-sikit tu boleh la...lepas gosok tak la ketara sangat.
Untuk mendapatkan hasil yang baik, gunalah span (alat pengosok) yang bersesuaian seperti dalam gambar (kat bawah) dan gosoklah dalam bentuk bulat di tempat yang tercalar tersebut kemudian lap menggunakan kain kering. Selamat Mencuba......

Setelah penggunaan product diatas....inilah hasilnya....hehehe

Mencuci Kereta Saga Blm Saya

Mencuci sangat penting agar kereta kita sentiasa bersih dan berkilat selain itu dapat melindungi permukaan kereta supaya tahan lebih lama. Mencuci juga hendaklah menggunakan jenis bahan pencuci yang bersesuaian agar tidak memudaratkan kereta kita seperti mempunyai PH yang sesuai dan tidak bersifat asid yang boleh menghakis. Jenis bahan pencuci yang saya guna adalah seperti gambar dibawah:


Sabun AutoMAX yang biasa aku gunakan untuk mencuci kereta Saga BLM boleh didapat di cawangan COSWAY berhampiran anda dengan harga RM8.00++ (member) kalau tak silap saya.

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...