Jumaat, 4 Januari 2013

Clutch Berbunyi Bila Ditekan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.....2013,
Alhamdulilah, berkat izinNya kita bertemu lagi di tahun baru 2013 semoga tahun ini memberi sesuatu yang lebih baik dari tahun lepas. Entri untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan pedal clutch kereta Saga Blm saya ni yang sejak kebelakangan ini mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan bila ditekan semasa menukar gear bagi kereta bertransmisi manual cam kereta saya ni....tik...tak...tik...
Pada mulanya saya telefon servis centre proton yang terdekat bertanyakan masalah ini tetapi standard la jawabnya..."encik datang sini nanti kami check dulu"...hahaha, kena aku baru tau...so disebabkan aku malas dan ada komitmen kerja makanya aku tak jadi pergi la kat SC tu.
Dijadikan cerita pada cuti awal tahun hari tu (selasa) saya memprojek masalah kereta Saga Blm saya ni dan perkara yang saya kenalpasti seperti gambar dibawah ni....
Saya check clutch pedal tu cam ada longgar dan bila saya tekan memang keluar bunyi tu...dan saya cuba buka skru (dalam bulatan merah tu) senang je tak perlu pakai alat cuma pakai tangan je, lepas je pin dihujung tu dan tarik keluar skru tu. Dan dihujung satu lagi tu ada 'O' RING cam dalam gambar yang aku tulis tu, rupanya 'O' RING tu cam da kemek pastu aku gi pekan kat workshop try p beli 'O'RING yang sama saiz cuma ada tebal sikit la harga RM1 dan kat pedal clutch (lubang tempat skru tadi ada pelapik plastik) keluarkan benda tu dan letakkan sedikit minyak gris dan keseluruhan skru tadi... lepas tu aku pasang balik.
So sehingga sekarang ni, bunyi yang menggangu aku selama ini dah tak ada...syukur alhamdulilah selesai satu perkara. Saya nak bagitau kawan-kawan yang itu berlaku pada kereta Saga Blm saya...kes-kes lain tu, saya kurang arif...bertanya la pada yang lebih pakar cuma saya berkongsi maklumat ini semoga yang sama kes dengan saya bolehlah kita betulkan sendiri ye....sekian

21 ulasan:

  1. part ni kat mana?bawah ke atau dalam enjin?aku cari xjumpa sebab aku pun kene juga..kadang2 bunyi kadang2 x...so aku layan ajerr..

    BalasPadam
  2. kat bawah dashboard (pedal clutch)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedal clutch kereta pun berbunyi nk cabut mcm mn

      Padam
  3. info yang berguna.....tq....

    BalasPadam
  4. Tq. Berguna. Aku pn kena jgk.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, Thx. Info yang sangat berguna setelah 3 tahun mengalami masalah yang sama

    BalasPadam
  6. bagi mereka yang mencari alat ganti utk clutch plate proton saga BLM
    leh lawat blog kami..
    www.autopartzoomers.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Salam..byk jgak symtom ni jd kat saga blm..sbb blm saya pn jd jgak..mnta share dgn group kreta pn mcm tnggui ja duk tggu..tp blog ni mmg bguih la bleh share pblem..trima kasih..

    BalasPadam
  8. salam tuan,.saya hampir sama .. boleh tuan share kpda kami macam mana rupa o ring tu tak..kereta saya kena jugak...sampai hentak hentak kaki masa masuk paddle...rimas...tq tuan..0124650744 ni no saya..saya berkeinginan untuk menghubungi tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbentuk bulat dan ada kesan lekuk sikit..try bukak..aku dah kene dan aku buka guna playar muncung tirus je.bro buka klip tu secara perlahan dan ada getah hitam ..dan buat seperti mana tuan blog ni ajarkan.aku isi gris sedikit dan alhamdulilah settle masalah..jimat $ dengan diy

      Padam
    2. Tuan, saya mengalami masalah yang sama..
      Adakah saya kena remove dashboard dulu untuk menukar Oring?

      Padam
  9. Terima kasih atas maklumat. Saya juga mengalami masalah yg sama saga FL. kalo tuan dpt bagi gambar step by step.. boleh ke? huhu.. mcm susah je nk buat DIY

    BalasPadam
  10. TQ FOR UR INFO,AKU PUN KENA BNDA YG SAMA KAT PERSONA

    BalasPadam
  11. Wah.. Alangkah bahagia nya kalau boleh tolong sy... Beli kereta .. Pakai tk smp brapa bulan dah bunyi krek krek krek cam keta buruk bila setiap kali masuk clutch.. Sakit hati!! Komplen kat srvc ctre kate nyer getah dah keras. Getah mende pun tk tau.. Tak kan keras.. Keta baru kot.. Ni dah 2 tahun lebih ku layan bunyi tu.. Sakit hati rasa..

    BalasPadam
  12. Ad effect x lau lama2 bia?lau g kt mekanik bpe kena cas?sy xtahu la bab2 kete ni

    BalasPadam
  13. Ad effect x lau lama2 bia?lau g kt mekanik bpe kena cas?sy xtahu la bab2 kete ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesan xda la asziati..cuma sakit hati Dan bikin malu kat kengkawan yang tumpang tue jer..takpe pi wokshop suh depa tukar kata O'ring ja Kalau dia kata tukaq Satu pedal mmg sah pembohong..nak cekik duit

      Padam
  14. SAYA BARU JADI MASA RAYA CINA 01/02/2017 2MINGGU LEPAS TAPI BERPUNCA CLUTCH PAM ROSAK DAH TUKAR MINGGU NI ADA BUNYI YANG MCM BRO CKP KAN BALIK NI NAK TRY BUAT SENDIRI....TQ BRO..

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas informnya, saudara...

    BalasPadam

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...