Jumaat, 28 Disember 2012

Review 2012.....BLM KU

Wah....hari ni tanggal 28 Disember 2012, dalam 3 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2013......sudahkah kawan-kawan sekalian bersedia untuk menghadapi tahun baru???apa azam baru anda???adakah telah tercapai azam tahun 2012 anda???...hahaha. Mari kita tengok balik....sejauh mana kita telah pergi, tapi dalam konteks blog saya ini dan lebih tepat lagi untuk entri kali ini...saya ingin membawa kawan-kawan sekalian untuk melihat semula rekod-rekod servis kereta Saga Blm anda.
Seperti yang telah saya beritahu pada entri yang lepas, kereta Saga Blm saya da mencecah usianya hampir 4 tahun dan sepanjang tempoh tersebut telah banyak sumbangan yang diberikan biarpun ianya ibarat sebuah mesin yang bergerak membawa saya dan keluarga dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa mengira penat,panas,sejuk,jauh dan dekat ianya tetap setia menemaniku....janji isi minyak je la, hehehe.
Saya berbanyak terima kasih kepadanya....wahai "kereta Saga BLM ku". wah, emosi skit nampaknya...hahaha...memang begitulah walaupun kita ni manusia tapi kita harus peka kepada persekitaran termasuk la kenderaan kita.Ok mari kawan-kawan tengok saya senarai rekod atau benda yang pernah saya tukar sepanjang memiliki kereta ni...jom lihat kat bawah ni semoga perkongsian ini boleh memberi sedikit INFO berguna kepada kawan-kawan pemilik Saga BLM yang lain.
1. IAFM (Integrated Air Fuel Modul) 2 kali tukar sebab menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan...tak..tak...tak...mcm enjin diesel dan tiada caj kerana tukar masa dalam waranty.
2. TENSIONER BEARING 1 kali tukar kerana menghasilkan bunyi semasa enjin dihidupkan atau semasa kompressor aircond berfungsi, sama juga masih underwarranty.
3. AXLE BELAKANG 1 kali tukar kerana tayar belakang selalu makan dalam, masih underwarranty juga.
4. GLOVE BOX 1 kali tukar kerana panel kekunci untuk glove box rosak/patah so hari tu mereka tukar terus sebijik yang baru, underwarranty jugak.
5. SPRING RETURN 2 kali tukar, kali pertama tu underwarranty dan second tu buat sendiri je.
6. GASKET ROCKER CAMPRO (penutup bahagian atas enjin) 1 kali tukar kena caj dan saya ada post dalam blog ini.
7. TIMING BELT DAN AIRCOND BELT 1 kali tukar kena caj dan pernah post dalam blog ini.
8. SHAFT GEAR (Untuk menukar gear ada kat bawah kereta tu) 1 kali tukar masih underwarranty.

Isnin, 3 Disember 2012

MAJOR SERVIS 120K

Hujung bulan ni....kereta saga blm aku genap 3 tahun 8 bulan usianya dan perjalanan da mencecah 120K kilometer (catatan pada odometer). Kali ini aku syer pula pasal buat major servis, huhuhu.... sengsara juga banyak benda nak ganti. Mari kita tengok senarai benda yang aku ganti kat keta aku ni....
1. Motor Oil (Shell Helix HX7) - RM90
2. Oil Filter (Original Proton) - RM13
3. Air Filter (Original Proton) - RM17
4. Radiator Coolant (Original Proton) - RM29
5. Fuel Filter (Original Proton) - RM38
6. Spark Plug (Original Proton) - RM40
7. Distrill Water (Spritzer) 6L x 2 botol - RM20
8. Gasket oil - RM4
9. Pad Brake Depan (Original Proton) - RM40
GRAND TOTAL - RM291
Dari segi upah pemasangan pula.... untuk item nombor 1 sehingga 8 pemasangan FREE OF CHARGE (FOC) coz aku buat sendiri, hehehe. Untuk item kat nombor 9 tu aku bwa bengkel yang terdekat so aku kena charge RM15. Kesimpulannya, kita kena belajar serba sedikit untuk buat sendiri servis kereta kerana boleh berjimat daripada dikenakan caj mahal selain itu kita juga dapat satu pengalaman baru. Jom cuba.....

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...