Rabu, 8 Ogos 2012
Servis Brek
Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi... so adalah lebih baik bagi anda yang akan pulang ke kampung halaman untuk membuat pemeriksaan brek kereta anda, tidak terkecuali juga bagi aku...biarpun kampung yang tak juga jauh sangat, hehehe.
Entri kali ini aku nak share skit berkenaan apa yang telah aku buat dua hari lepas, usia kereta aku pun da cecah tiga tahun setengah dan dalam tempoh tersebut aku tak pernah lagi servis brek kereta aku tu. So buat pertama kalinya aku tak nak buat kat bengkel luar, risau pla aku... terpaksa la aku pegi sekali lagi ke Proton Servis Centre yang terdekat.
Setelah mekanik tu check, dia dapati sistem brek belakang kereta aku tu tak berfungsi disebabkan pump yang menolak brek lining tu..jemm. Huhh... terkejut aku, rupanya selama ni aku bergantung dengan sistem brek dibahagian hadapan sahaja, syukur alhamdulillah tiada berlaku perkara yang tidak diingini.
So kepada saudara pemilik saga yang lain, sentiasa la check sistem brek kereta saga ni... macam pump brek tu aku tak berapa harap sangat, klu brek lining tu ok rasanya dan takut-takut juga berlaku kebocoran bendalir brek. Kena check selalu la ye...klu ada benda yang pelik, cepat-cepat la ke bengkel yang terdekat.
kita sambung balik cerita pasal kereta aku ni....iklan sekejap, hehehe. So atas nasihat mekanik tu, aku tukar la kedua-dua pump brek dan brek lining belakang tu manakala brek lining kat bahagian hadapan masih ok lagi, mekanik tu kata boleh pakai lagi sampai hujung tahun ni so aku tak tukar la, takut lari bajet nanti....
Setelah selesai kerja pemasangan aku kena caj...RM198.00 termasuk la tax dan labour caj.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Teka Bunyi Apa Niee???
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...
-
Salam..... buat semua member-member dan terima kasih bebanyak bagi anda yang telah melawati blog yang tidak seberapa ini, diharapkan sedikit...
-
Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu t...
-
Lampu signal (isyarat) kanan dan kiri tidak berfungsi. Setelah aku rujuk kat Proton SC yang terdekat mereka rekomen tukar SUIS ISYARAT KECEM...
saya punya saga blm pun kena masalah brake jam
BalasPadambrake pump aku pun ada problem hari tu..nasib baik brader kedai tayar tu bg tau..
BalasPadamAku pun same de masalh brek.. jemm betul la kete proton ni...nyesal beli saga blm
BalasPadamKete aku pun senasib dgn engkorang...Baru 2 thn 1/2 brake belakang jammed kiri dan kanan.tak sampai 3 bulan lepas tu brake depan pulak melekat sebab pump booster bocor...Aduhh nasib baik ada member mekanik sudi pecah kepala pikir tolong repair.nak beli spare part ori proton mau RM1000 hangus.Kasi modified bro...Diaorang sumbat honda accord punya pump booster(Double diagfram) + master pump EVO3...Puas hati aku walau tak mampu pakai Honda dgn EVO,dpt pakai sistem brek pun jadilah.....Berbaloi gak RM340 hangus.Nak nyesal pun dah terbeli...pakai ajer lah.
BalasPadambiasanya saga blm ada masalah brek belakang sebab vendor proton supply kurang kualiti..check pam brek dibimbang telah tersumbat atau lekat dengan spring..
BalasPadamKlau lining brek dan brek pump dah tkr tp bunyi bergesel lg sbb pe...
BalasPadamSalam... Ada org ckp axle kete saga blm ni x lurus... Bengkok sket... Jdnye dgn keadaan jalan yg x brp rata ni... Sket demi sket akan jejaskan sistem brek blkg tu....mmg x logik bunyinye tp itulah hakikatnye...
BalasPadam1 - Tayar belakang selalu terkepak kedalam ( atau bahagian atas condong kedalam ) disebabkan bracket atau papan yang menjadi tapak shaft bearing, akan terbengkok kedalam disebabkan bebanan yang dibawa, pendek kata, kekuatan bracket / papan tersebut tidak dapat menampung bebanan lebihan yang disyorkan oleh pihak pembuat. ( sila lihat gambar rajah)
BalasPadam2 - Apabila tayar telah condong kedalam, tekanan yang dibebankan pada bearing ( galas roda ) akan jatuh pada sudut yang tak sepatutnya, dan akan menyebabkan bearing cepat haus, dan kehausan cepat berlaku jika kita selalu membawa muatan yang berlebihan dari yang disyorkan, dan untuk info, setiap Gandar dan bearing yang di reka, ada HAD MAKSIMA yang boleh ditampung ( Sila rujuk gambar rajah
2 ) Sudut tayar 90 darjah.
Sudut tayar yang dah tercondong kedalam.
BEARING SHAFT atau SPINDLE asal PROTON SAVVY, hanya 4 batang STUD sahaja yang ada untuk menampung 1/4 bebanan kenderaan. Dibuka dari SAVVY keluaran tahun 2008, mileage dalam 108K, kelihatan STUD tersebut dah mula berkarat...jadi jika anda bercadang untuk jadikan SAVVY anda seperti kenderaan yang membawa muatan berat..fikir2kanlah...2/4 bahagian yang terpaksa menampung muatan yang dibawa, hanyalah 8 batang STUD seperti diatas, dan tidak ada 'kolar' yang sepatutnya 'ADA', yang kukuh untuk menampung bebanan kenderaan...FIKIRKANLAH...