Rabu, 8 Ogos 2012
Servis Brek
Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi... so adalah lebih baik bagi anda yang akan pulang ke kampung halaman untuk membuat pemeriksaan brek kereta anda, tidak terkecuali juga bagi aku...biarpun kampung yang tak juga jauh sangat, hehehe.
Entri kali ini aku nak share skit berkenaan apa yang telah aku buat dua hari lepas, usia kereta aku pun da cecah tiga tahun setengah dan dalam tempoh tersebut aku tak pernah lagi servis brek kereta aku tu. So buat pertama kalinya aku tak nak buat kat bengkel luar, risau pla aku... terpaksa la aku pegi sekali lagi ke Proton Servis Centre yang terdekat.
Setelah mekanik tu check, dia dapati sistem brek belakang kereta aku tu tak berfungsi disebabkan pump yang menolak brek lining tu..jemm. Huhh... terkejut aku, rupanya selama ni aku bergantung dengan sistem brek dibahagian hadapan sahaja, syukur alhamdulillah tiada berlaku perkara yang tidak diingini.
So kepada saudara pemilik saga yang lain, sentiasa la check sistem brek kereta saga ni... macam pump brek tu aku tak berapa harap sangat, klu brek lining tu ok rasanya dan takut-takut juga berlaku kebocoran bendalir brek. Kena check selalu la ye...klu ada benda yang pelik, cepat-cepat la ke bengkel yang terdekat.
kita sambung balik cerita pasal kereta aku ni....iklan sekejap, hehehe. So atas nasihat mekanik tu, aku tukar la kedua-dua pump brek dan brek lining belakang tu manakala brek lining kat bahagian hadapan masih ok lagi, mekanik tu kata boleh pakai lagi sampai hujung tahun ni so aku tak tukar la, takut lari bajet nanti....
Setelah selesai kerja pemasangan aku kena caj...RM198.00 termasuk la tax dan labour caj.
Langgan:
Catatan (Atom)
Teka Bunyi Apa Niee???
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...
-
Salam..... buat semua member-member dan terima kasih bebanyak bagi anda yang telah melawati blog yang tidak seberapa ini, diharapkan sedikit...
-
Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu t...
-
Lampu signal (isyarat) kanan dan kiri tidak berfungsi. Setelah aku rujuk kat Proton SC yang terdekat mereka rekomen tukar SUIS ISYARAT KECEM...