Selasa, 20 November 2012

Tukar Bearing Tayar

Salam..... buat semua member-member dan terima kasih bebanyak bagi anda yang telah melawati blog yang tidak seberapa ini, diharapkan sedikit info dalam blog ini memberi manfaat kepada pemilik kereta saga yang lain. Tujuan blog ini lebih kepada perkongsian maklumat berkaitan kereta buatan negara kita ni.
Post kali ini saya nak kongsi cerita pasal tukar bearing tayar hadapan sebelah pemandu, sebelum ni semuanya ok tapi maklum saja la bila da banyak jalan odometer da cecah 120K mestilah ada yang problemkn. Mulanya bunyi bising kat bahagian hadapan....ingatkan masalah tayar coz baru tukar tayar hujung bulan lepas (standard GOOD YEAR 185/60/R14) itupun da kena RM400.
Aku tak puashati dan bawa pergi bengkel yang berdekatan...malas nak pergi proton SC jauh, bila periksa...rupanya masalah bearing tayar hadapan sebelah pemandu yang masalah. So mekanik tu cadang tuk tukar la....dan aku setuju, kos yang terlibat :
Harga part : RM65 (brand NSK)
Upah pasang : RM35
Total : RM100
Lebih kurang dalam dua jam juga aku kat bengkel tu, siap je pasang semuanya...aku cuba pandu dan memang takda bunyi lagi...hati manyak senang ooo...tapi lupa pula nak gi alighment la pula coz buka skru chamber tadi makanya melayang lagi la pulus...
2 hari kemudian.....
Aku gi alighment kat satu kedai yang aku besa buat ni....cam besa la aku minta mekanik tu check tu alighment, klu masih ok...aku kena charge RM5 je tapi bila dia da sentuh lain lg charge nya....cam besa la bru alighment je da RM35 tak masuk chamber lagi....huhuhu...sakit jg.
bila dia buat pemeriksaan....semuanya ok, aku bagitau mekanik tu yang aku baru tukar bearing depan. katanya semua ok....dia pun pelik, kes ni jarang berlaku selalunya bila tukar bearing depan mesti ada lari skit adjust chambernya tu. Aku pun terfikir cun jg...mekanik tu buat tempohari.
Akhirnya, aku kena charge RM5 je....lagi hati manyak senang ooo....So semuanya berjumlah RM105, Sekian....

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...