Jumaat, 21 November 2014

Tukar Timing Belt Kali Kedua

Alhamdulillah... selesai membuat penukaran timing belt untuk kali kedua kereta Saga Blm saya, sekarang ni dah cecah 167,668KM perjalanan sejak aku guna kereta ni hampir 6 tahun berlalu. Buat penukaran dekat Proton Service sebab masih lagi beri kepercayaan kepada Proton Service berdasarkan pengalaman sebelum ini tidak ada masalah yang timbul seperti kebocoran pada Oil Seal dsb walaupun dari segi kos agak mahal jika dibandingkan buat dekat luar.
Jika kita lihat pada bil diatas, ada Diskaun diberikan untuk alat ganti dan upah meskipun dah ada GST...huhuhu. Ada sedikit perbezaan dari penukaran kali pertama dulu iaitu RM25.00 dan Timing Belt pun mereka da letak dalam satu Set manakala sebelum ini dijual berasingan.

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...