Jumaat, 17 Oktober 2014

Alat Ganti Proton Saga Blm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Lama tak menulis dalam blog ni... maklum la agak sibuk skit dengan kerja dan hal-hal yang sewaktu dengannya. So kali ini saya nak share skit pengalaman senarai harga alat ganti Proton Saga Blm yang saya ada servey kat proton servis centre dan bertanya kepada kekawan selain kedai-kedai yang menjual alat ganti sekitar area KK.
Mungkin info ini sedikit sebanyak boleh membantu pemilik kereta saga yang lain berkaitan bajet yang perlu disediakan cuma dalam entri ini saya tidak ada gambar yang khusus alat ganti tersebut. Walaubagaimanapun, saya akan usahakan untuk mendapatkan gambaran bagi alat ganti yang dimaksudkan.
Berikut Senarai Alat Ganti, Nombor Part dan Anggaran Harga, Iaitu :
1. Timing Belt (PW811498) RM123.03
2. Canister Valve (PW811086) RM114.00
3. Timing Belt Tensioner (PW811497) RM143.54
4. Water Pump (PW811592N2) RM220.56
5. Switch Hazard Light (PW855369) RM33.49
6. Gasket Cylinder Head (PW811553) RM133.38
7. Gasket Rocker Cover (PW810724) RM48.25
8. Oil Filter (PW811577) RM12.22
9. Clutch Cover (PW812037) RM206.80
10. Clutch Disc (PW812038) RM166.08
11. Clutch Release Bearing (PW812137) RM257.04
12. Ignition Coil (PW812018) RM78.06
Sekian dulu buat sementara... saya akan sambung lagi untuk alat ganti lain dalam dalam post yang akan datang.

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...