Isnin, 18 Februari 2013

Head Enjin Saga Blm Rosak

Dijadikan cerita semasa cuti tahun baru cina tempohari tetiba je kereta saga blm aku mati sewaktu aku memandu ke pekan berhampiran kediaman aku untuk membeli barang keperluan rumah. Kejadian tersebut dalam lingkungan jam 10.00 pagi dan aku bernasib baik keadaan lalulintas tidak sibuk ketika itu, aku terpaksa menolak ke tepi kereta aku dan menghubungi keluarga terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Oleh kerana hari tersebut adalah hari cuti umum seluruh negara, aku tidak boleh buat apa-apa melainkan menunggu hari berkerja minggu berikutnya untuk membaiki kereta saga blm aku ni. Sementara itu, aku berusaha untuk mendapatkan bantuan mekanik yang aku kenali namun hasilnya masih tidak dapat dipulihkan seperti sediakala.
Hari rabu berikutnya.....hari berkerja da....hehehe
Aku terpaksa menghubungi kereta tunda dan membawa kereta aku ni ke cawangan EON yang terdekat dan setelah kereta aku sampai ke EON SERVICE CENTER kereta aku diperiksa dan hasilnya mekanik tersebut mendapati sistem valve dalam head enjin saga blm aku gagal berfungsi. aku disarankan untuk menukar head yang baru (seperti gambar diatas)
Harganya boleh tahan juga....tapi apa boleh buat kalau tak buat kereta tak boleh jalan so teruskan saja la kos yang terlibat termasuk kereta tunda RM2200.00

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...