Jumaat, 4 Januari 2013

ODOMETER atau TRIPMETER

Hari ini, saya free nampaknya... so datang idea nak share sedikit perkara lagi yang mungkin selalu kita nampak dihadapan kita bila memandu tetapi samada kita tak tahu cara nak guna atau lupa. So saya nak bawa kawan-kawan sekalian refresh balik tentang Odometer dan Tripmeter kereta Saga Blm. Biar saya jelaskan sedikit la ye, apa yang saya faham pasal ni....
Odometer - Kiraan perjalanan kenderaan kita dalam kilometer dari mula kereta kita dikeluarkan sehinggalah ia menamatkan perkhidmatan (sekiranya masih berfungsi la), perkiraan ini tidak boleh di SET SEMULA dan akan terus berubah selagi kereta anda boleh bergerak.
Tripmeter - fungsi ini kita boleh gunakan untuk menganggarkan jarak perjalanan kita dari satu tempat ke satu tempat yang kita nak tuju, dalam kilometer juga cuma perkiraan ini BOLEH di SET SEMULA dengan menekan butang dihadapan meter tersebut selama 10-20 saat.
Ok seterusnya mari kita tengok macamana cara kita nak kira anggaran penggunaan minyak per kilometer(??sen/km)
Langkah Pertama - isi minyak kereta anda di stesen minyak yang terdekat dalam satu isian tangki penuh, maksudnya time isi tu sampai nozel pam minyak tu berhenti sendiri.
Langkah Kedua - Set semula fungsi Tripmeter ke angka 0.0 macam saya cakap kat atas tadi dan anda boleh memulakan perjalanan ke destinasi yang anda nak tuju.
Langkah Ketiga - Bila tiba di tempat yang anda tuju itu, carilah stesen minyak yang berhampiran dan isi semula minyak kereta anda sehingga penuh macam di Langkah Pertama dan catatkan bacaan meter pada pam minyak tersebut (RM dan LITER).
PERKIRAAN ANGGARAN PENGGUNAAN MINYAK KERETA ANDA:
(Jumlah RM) bahagi dengan (Bacaan Tripmeter) = (dapat hasil pengunaan RM anda dalam setiap KM)
Contoh:
RM30 / 200KM = RM0.15/KM
Penggunaan 15 sen untuk setiap Kilometer.
Selesai....

Clutch Berbunyi Bila Ditekan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.....2013,
Alhamdulilah, berkat izinNya kita bertemu lagi di tahun baru 2013 semoga tahun ini memberi sesuatu yang lebih baik dari tahun lepas. Entri untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan pedal clutch kereta Saga Blm saya ni yang sejak kebelakangan ini mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan bila ditekan semasa menukar gear bagi kereta bertransmisi manual cam kereta saya ni....tik...tak...tik...
Pada mulanya saya telefon servis centre proton yang terdekat bertanyakan masalah ini tetapi standard la jawabnya..."encik datang sini nanti kami check dulu"...hahaha, kena aku baru tau...so disebabkan aku malas dan ada komitmen kerja makanya aku tak jadi pergi la kat SC tu.
Dijadikan cerita pada cuti awal tahun hari tu (selasa) saya memprojek masalah kereta Saga Blm saya ni dan perkara yang saya kenalpasti seperti gambar dibawah ni....
Saya check clutch pedal tu cam ada longgar dan bila saya tekan memang keluar bunyi tu...dan saya cuba buka skru (dalam bulatan merah tu) senang je tak perlu pakai alat cuma pakai tangan je, lepas je pin dihujung tu dan tarik keluar skru tu. Dan dihujung satu lagi tu ada 'O' RING cam dalam gambar yang aku tulis tu, rupanya 'O' RING tu cam da kemek pastu aku gi pekan kat workshop try p beli 'O'RING yang sama saiz cuma ada tebal sikit la harga RM1 dan kat pedal clutch (lubang tempat skru tadi ada pelapik plastik) keluarkan benda tu dan letakkan sedikit minyak gris dan keseluruhan skru tadi... lepas tu aku pasang balik.
So sehingga sekarang ni, bunyi yang menggangu aku selama ini dah tak ada...syukur alhamdulilah selesai satu perkara. Saya nak bagitau kawan-kawan yang itu berlaku pada kereta Saga Blm saya...kes-kes lain tu, saya kurang arif...bertanya la pada yang lebih pakar cuma saya berkongsi maklumat ini semoga yang sama kes dengan saya bolehlah kita betulkan sendiri ye....sekian

Teka Bunyi Apa Niee???

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni admin nak upload satu video kereta saga blm admin... korang kena teka simptom kerosakan apa ...